Alhamdulillah

Thursday, 23 May 2013

Jalinan kasih hijau epal dan ungu violet!

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bertemu kita kembali...semoga semua sihat dan ceria sentiasa. Seperti yang dijanjikan, hari ni nak berkongsi sedikit tentang kemeriahan sambutan hari guru peringkat sekolahku. Jommm...kita sesama ikuti rentetan peristiwa untuk hari ini (jangan termuntah ya tengok banyak gambar hehe)

Bermula seawal pukul 7.30 pg, para guru bersedia untuk perarakan masuk ke dalam Dewan Wangsa Bestari (semua pelajar sudah berada di dalam dewan).



Pengacara majlis yang terdiri daripada pelajar.

Hiasan dewan juga sepenuhnya dilakukan oleh para pelajar


Upacara dimulakan dengan bacaan doa dan sesi Pengetua dan para pentadbir sekolah memotong kek hari guru.

Seterusnya, semua guru dijemput naik ke atas pentas untuk sama-sama menyanyikan lagu 
"Kami Guru Malaysia" dan "Warisan" serta membaca Ikrar Guru..


kroni-kroni ni hehe

Acara diteruskan dengan penyampaian anugerah kepada guru , antaranya Anugerah Guru Harapan, Anugerah Guru Kreatif, Anugerah Guru Pengurusan Disiplin Terbaik dan Anugerah Guru Berketrampilan.

Cikgu Rohaiza penerima Anugerah Guru Harapan 2013
Tahniah!

I pun pernah menang Anugerah Guru Harapan juga tau. Tak caya? Betul, tahun 2009. Hehe kalau tak caya, boleh tengok nama pada piala pusingan di bawah hehe


Kasih bertaut...chewwah!


Pendidik Anak Bangsa

Majlis berhenti rehat seketika untuk memberi laluan kepada para pelajar untuk makan dan para guru pula terlibat dengan pelbagai acara sukaneka.



gambar bersama-sama students and ex-students yang  sudi hadir untuk sama-sama meraikan hari guru sekolah kita


Sebahagian barisan anak-anak didikku yang bertungkus lumus menjayakan sambutan hari guru tahun ini. Tahniah semua!



Terdapat pelbagai persembahan menarik daripada guru dan pelajar. Puan Pengetua sendiri juga 'sporting' untuk mendeklamasikan sebuah sajak. Cayalah!



Tak diduga-duga, tetiba namaku diumumkan untuk menerima Anugerah Guru Paling Penyayang 2013...hehe.Terkejut eden! Sebenarnya semua guru adalah guru penyayang. 

Dapatlah hadiah ni, syukur!

Remarks :Tahun lepas saya dapat Anugerah Guru Paling Ceria 2012 hehe

ni hadiah tahun lepas hehe

ni tema hari guru tahun lepas...blue n grey!

Selesai acara, tibalah acara yang paling ditunggu2....MAKAN! hehe

Jomm makan!!



Red velvet yang sedap , dibuat oleh pelajarku sendiri 

Disini juga cikgu nak ucapkan terima kasih kepada semua pelajar yang 'wish' hari guru serta ada yang memberi hadiah, kek dan brownies yang lazat. Terima kasih atas ingatan semua! 
Cikgu sayang semua!

p/s: cikgu ucapkan terima kasih kepada Adry Hilman dan Hazwan coz sudi jadi photographer (tak berbayar) cikgu sepanjang majlis berlangsung hehe.Tq!

Sekian, wassalam!

20 comments:

haiza said...

Thanks ju...ada gak gambar i kat situ

Unknown said...

sempena ida dpt guru penyayang,akak pun saaaaayang ida..!!!hihi

nurbijen said...

wah, tahniah Ida.. tiap2 tahun dapat anugerah... cikgu kesayangan pelajar ni :)

Sweetamieda. Blo said...

Hehe nanti gambar u tu i send email hihi.tahniah!

Sweetamieda. Blo said...

Tq kak! !hihi

Sweetamieda. Blo said...

Hihi xdelah nur...malu i hihi

Umialya said...

wahhhhhhh bertuahnya badan, setiap tahun dpt anugerah

Sweetamieda. Blo said...

Hihi sebenarnya semua cikgu pun layak dpt anugerah tu

OKje said...

Mana mana sekolah semua buat sambutan hari guru hari nikan TJ......cantiknya Cikgu pakai baju pepel tu!

Sweetamieda. Blo said...

Yg pakai bj purple yg mana satu tuh hihi

Adry Hilman said...

Ahahaha:P Sama-sama cikgu....

Nora Karim said...

wah... tahniah!! cikgu kesayangan students ni... selamat hari guru!! ^_^

Sweetamieda. Blo said...

Cuti sek...gi bercuti pun jgn lupa study for spm ye hihi

Sweetamieda. Blo said...

Alhamdulillah.terima kasih

AtieYusof said...

wah! meriah juga sambutan hari guru..:)

Sweetamieda. Blo said...

Ye...mmg meriah sgt!!hihi ex students pun ramai yg sudi dtg utk meriahkan sambutan

aby said...

salam TJ ..
baru sempat buat reply .
meriah sambutan hari guru kt tempat TJ tu ..

Sweetamieda. Blo said...

Ya.alhamdulillah.berkat kerjasama kelab guru dan wakil pelajar hihi.ex students pun ramai yg hadir coz kebetulan cuti semester

Kamsiah yusoff said...

akak tak tau samada mata akak yg bermasalah atau blog ni yg vibrate hehe..bergoyang2...

Sweetamieda. Blo said...

Ye ke akak?vibrate camna tu?(mood risau ni hihi)