Assalamualaikum dan salam sejahtera
Semoga semua teman-teman berada dalam keadaan sihat dan ceria selalu.
Pejam-celik - pejam- celik...sekejap ja masa berlalukan?? Tup-tup dah nak masuk bulan Jun 2013. Semoga kita semua memanfaatkan setiap saat yang kita ada dengan perkara-perkara yang baik dan berfaedah. Jangan lupa luangkan masa bersama keluarga... takut terlalu sibuk dengan tugasan duniawi hingga terlepas pandang saat -saat indah tumbesaran anak2!k
Hargailah apa yang anda miliki sekarang kerana itu semua hanya pinjaman daripada Allah. 'Any time'...Allah boleh tarik semula pinjaman yang diberikan...kasih sayang, kesihatan, anak-anak, pasangan hidup, ibu bapa, keluarga, kerjaya, harta benda, masa lapang dan lain2. Semuanya milik Allah. Malah, setiap anggota tubuh kita juga milik Nya. Subhanallah! Kita hidup di dunia yang sementara ini dengan ihsan dan kasih sayang Allah.
Manusia...janganlah engkau sombong hidup di dunia ini!
'Entry' kali ini juga khas untuk mengingati tarikh manis bagi ku dan encik suami.
31 Mei 2003 hingga 31 Mei 2013....menjadi saksi 10 tahun kami hidup bersama! Wah... sedekad bersama. Syukran, Ya Allah! Terima kasih atas rahmat mu ini. Sepanjang sedekad bersama, kami juga dikurniakan 3 orang putera penghibur jiwa, pengikat kasih sayang!
Hidup berumahtangga memang satu amanah yang berat dan penuh tanggungjawab. Banyak dugaan yang melanda dan perlu dihadapi bersama-sama . Ada 'ups and downs'! Suka duka dikongsi bersama. Walaupun kami pernah dilanda ujian yang hebat dan terpaksa melalui detik2 sukar, alhamdulillah, hari ini kami masih bersama sebagai satu keluarga (cthnya tahun 2011 merupakan tahun bersedih buatku huhu...if possible, tak mau dikenang-kenang lagi ). Setiap sesuatu yang berlaku itu adalah dengan kehendak Allah .
Apa yang akan berlaku pada masa depan tidak siapa dapat menduga...jadi bersyukur dan hargailah apa yang anda masih miliki pada saat ini! Kita merancang, tetapi perancangan dan ketentuan Alah itu lebih hebat! Akal manusia terlalu terhad untuk memikirkan segala yang Allah tentukan!
Apa yang akan berlaku pada masa depan tidak siapa dapat menduga...jadi bersyukur dan hargailah apa yang anda masih miliki pada saat ini! Kita merancang, tetapi perancangan dan ketentuan Alah itu lebih hebat! Akal manusia terlalu terhad untuk memikirkan segala yang Allah tentukan!
Just believe!
Saya sentiasa berdoa agar kasih sayang dan cinta kami (me and my hubby) sentiasa subur dan berpanjangan hingga ke syurga! Ingin melalui hari tua bersama dan menyaksikan serta meraikan setiap detik bersama-sama keluarga. Satu masa nanti kami akan lalui detik untuk berpisah dengan anak2 apabila mereka ke asrama /universiti untuk menuntut ilmu...saat indah bila mereka 'graduate', dapat kerja, bertemu jodoh, dapat cucu (chewwah...jauh berangan!hehe) dan lain-lain. Kami juga akan setia bersama anak-anak pada saat -saat sukar mereka. Suka dan duka mereka adalah suka dan duka kami . Moga Allah kurniakan kami sekeluarga kesihatan yang baik, rezeki yang halal serta taufik dan hidayah untuk memperbaiki diri supaya menjadi hamba-Mu yang lebih bertakwa. Amin!
“Other things may change us, but we start and end with family”
Insha Allah!
we see the past, present, and future”
Jom layan pantun hehe!
Berseri selasih di tepi perigi,
Berjalan puyuh antara kantan;
Suami pengasih isteri mithali,
Ikatan kukuh cinta berkekalan.
Wangi aroma bunga cempaka,
Puteri Kemboja diarah ke taman;
Suami laksana nakhoda bahtera,
Kemudi keluarga di tengah lautan.
Rebanlah titi jentera membelah,
Emak ke paya ati-ati bertindih;
Janganlah suami cinta terbelah,
Tidak kurela berkongsi kasih.
1 dekad bersama
p/s: Sebelum terlupa, tahun 2013 juga adalah tahun ke sepuluh aku bergelar pendidik (cikgu). Sudah sedekad juga aku telah menjadi seorang cikgu.
Sekian, wassalam!
Semasa entry ini disiarkan, kami sekeluarga sedang berada di Singapore. Insha allah, next entry will be discussing about USS (Singapore) .
Sekian, Wassalam!
Sekian, wassalam!
Semasa entry ini disiarkan, kami sekeluarga sedang berada di Singapore. Insha allah, next entry will be discussing about USS (Singapore) .
Sekian, Wassalam!
12 comments:
so sweet...!hepi anniversary n hepi sedekad jd cikgu...moga sampai keujung nyawa..
Tq akak...doakan kami ya
kejap jer dah 10 tahun, rasa macam baru jer pergi makan2 masa Ida kawin.. apa apa pun, moga terus bahagia sehingga ke hujung usia.... amin!
Haikal pun dah umur 9 thn hihi.tq nur.doakan kami ya
Wahhhh akhirnya sampai juga hajat di hati ke uss....best best hihi. Moga ida sekeluarga akan sentiasa kekal brsama sampai ke syurga....amin.
P/s: smpai skrg hati meronta2 nk tnya apa yg berlaku sbnarnya , tp xberani huhu.
Hehe alhamdulillah! Bila anis start ngajar ni?
Perkara yg lepas tu x nak dikenang lg.
Hepy Anniversery TJ....
Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah...
Kalau dah ke USS...Nampak gayanya lepas ni dapatlah seorang puteri sebagai hadiah...hehe
Tima kasih ye okje.doakan kami.
Hihibest tuh kalau dpt hadiah baby girl tu hihi
Alhamdulillah dah 10 tahun usia perkhawinan...moga kekal hingga ke syurga ye cikgu..amin! sy baru 5thn..masih setahun jagung, masih byk yg perlu sy dipelajari dlm ilmu rumahtangga ni..:)
Tq atie!kita sama2 masih blajar hehe...
salam tuan juhaida...
moga berkekalan ke akhir usia..
suka tgk baju sedondon tu...senang nak kenal anak siapakan...?
Tq wirda!
Mmg suka pakaikan depa bj sedondon hehe..tp bila depa dah makin besar now dah pandai pilih bj sendiri hihi...masing2 dah ada taste sendiri
Post a Comment