Alhamdulillah

Friday 11 October 2013

Western / Mexican / Italian Potluck!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini nak 'share' cerita kami ber'potluck' ( Jumaat, 11 Oktober 2013),

dan tema untuk kali ini ialah Western Food. Alhamdulillah, semua rakan sertugas memberi kerjasama yang amat baik , 'sporting' dan masing2 berjaya menyiapkan pelbagai jenis hidangan (Western / Italian/ Mexican). Pendek kata, ramai betul otai-otai yang terer masak ni tak kira tema 'pot luck' apa yang dibuat pastinya tidak akan mengecewakan. Semua ada bakat terpendam gitu hehe.

Tahniah kepada Cikgu Nadiashahzarina kerana telah berjaya menjadi 'admin' yang paling gempak hehe.  Nad (ala takde pulak gambar admin nak tempek kat sini hihi ) memang cekap membahagi tugas kepada semua kawan2. Nad nipun salah seorang cikgu yang 'otai' bab masak-memasak ni.

Actually, majlis ini diadakan sempena Majlis Perpisahan 2 orang lab assistant sekolah kami yang akan bertukar ke sekolah lain. Semoga Sheila dan Faezah akan lebih cemerlang di sekolah baru. Jasa kalian sentiasa diingatan. Ada peluang, kita jumpa lagi.

Menu pada hari ini memang sangat meriah (serta tinggi kalori dan kolesterol haha). Antaranya ialah:

Carrot cake
Potato salad
Salad
Sheperd's pie
Garlic bread & mushroom soup
Nugget
Cheezy wedges
Lasagna
Baked macaroni
Carbonara
Pavlova
Triffle(peach)
Cocktail pudding
Tuna & egg sandwich
Tostada chips with Queso n Salsa
Fruits
Lemonade cocktail
Ice cream

^

Lab assistant kami (berbaju pink dan merah) bersama-sama Puan Pengetua

Carrot cake
Triffle (peach)
Spaghetti goreng
Pavlova
Cheezy wedges
Lasagna
Baked Macaroni
Lasagna
Salad
Sheperd's pie
Sandwiches
Cocktail pudding n pasta
Mix Fruits
( tengok sate buah  ni terus teringat dekat my mom yang selalu buat begini untuk cucu-cucunya)

Tostada chips with Queso n Salsa

Kek besday untuk baby Oktober~K.yus & K. Zu
Last but not least, abadikan gambar bersama2 dengan lab assistant (Sheila n Faezah yang cun melecun hihi) yang telah banyak membantuku di makmal sekolah sepanjang 9 tahun aku berkhidmat di sekolah ini. 

me diapit oleh jelitawan2 hehe
Sekian, wassalam!

6 comments:

OKje said...

Mesti sedihkan TJ mereka nk pindah.....dah ada pengganti ke belum tu...
Awak bawak apa?

Unknown said...

bertuah depa!comey n muda lg depa berdua..tp naper western food?

Cho Zila said...

Makanan ringkas yg memenuihi selera... syiok sekali2c buat kelsinankan... Adatler yg pergi dan datang.. ingat zanan sekolah2 dulu kalau ada yg berpindah nyanyikan lagu bertemu dan berpisah

Kayu Manis said...

byknya makanan..semua negara ada...terliur menengoknya..

Anonymous said...

sungguh2 punya makan ni...

Water Heater Repair Pembroke Pines said...

Thiis was lovely to read