Alhamdulillah

Sunday 26 May 2013

Meraikan birthday boy!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sedikit cerita tentang meraikan harijadi Haikal hari ni. Diraikan secara sederhana sahaja.
Pepagi semasa nak keluar bersarapan Haikal dah dapat kejutan daripada papa tersayang hehe. Dia masuk dalam kereta, tengok- tengok papa dah letak hadiah siap2 untuknya. Teruja sampai melompat haha. Mama pun tak tahu plan papa hehe. Memang dah pakat ngan my hubby, dia beli hadiah dan saya beli kek tapi tak tahu pulak dia dah beli awal2. Tq papa!


Hadiahnya seperti yang Haikal idam-idamkan la hehe...jersi bola

Selepas sarapan kami ke TGV cinemas Wangsa Walk untuk  menonton cerita kartun berjudul EPIC. Best juga cerita ni..memang seisi keluarga terhibur .

gambar ihsan mr google
Haikal dan mama!
Selepas itu, kami memulakan acara mencari beg sandang Haikal. Tok ma dan tokbah dah 'bank in' duit RM100 kepada Haikal sebagai hadiah harijadi ( tqvm tok ma & tokbah) . So, kami beri kebebasan kepada Haikal untuk menggunakan duit itu untuk membeli barang yang dia kehendaki. Haikal beli sandal dan beg sandang. Duit RM100 tu masih berbaki lagi. Haikal simpan dulu. Ada la tu lagi nanti dia nak beli apa-apa tu.

Bergaya dengan beg baru hehe (@ home)
Sebelum balik rumah, kami singgah beli kek harijadi untuk Haikal.


my heroes!


Syukur, alhamdulillah!
Ini sahaja coretanku untuk kali ini. Moga putera-putera kami ini membesar menjadi Practicing Muslims! Amin!


6 comments:

Anonymous said...

salam tuan juhaida....

hepi bday utk si boy

Unknown said...

sedapnya kek tiramisu tu...dah ler my fvrte tu...huhu

Sweetamieda. Blo said...

Tq wirda!

Sweetamieda. Blo said...

Jemput mkn hihi

OKje said...

Mesti Haikal seronok dapat surprise dpd papa dan mama diakan....
Hehe pandai haikal budget duit yg tok ma dan tok ba bagi hehe

Sweetamieda. Blo said...

Pandai...siap mama n papa kenen2 pun dia x bg hahaha