Alhamdulillah

Tuesday 21 May 2013

Pesta tanda kertas dah bermula!

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Semoga teman - teman berada dalam keadaan ceria dan sihat!


Hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan pertengahan tahun di sekolah ku. Murid-murid semua gembira dan rasa MERDEKA!! hehe para guru pula dah 'start stress' nak menanda kertas dan kejar 'date line' untuk masuk markah dan hari terbuka (hari bertemu ibu bapa untuk serahkan report card anak2 mereka).

Student's says:



murid kelas 4 Teknikal tekun menjawab exam

dah habis exam, 'turn' cikgu pulak pening kepala tanda kertas exam anak murid hehe


Hari ni sebelum balik ke rumah terasa nak makan kek...so terus melencong jap ke kedai kek hehe.
Hasil dapatannya:

 pecan butterscoth

turkish indulgence

chocolate indulgence


Semua pun sedap...yummy!!

ini nak letak gambar menyelit...hehe

Bunga tulips!
 Teringin sangat nak pergi tengok sendiri bunga tulips ni. One sweet day, insha allah.
Sementara tu jamu mata dengan artificial tulips jalah hehe

Sebelum terlupa, hari khamis ni merupakan sambutan hari guru peringkat sekolahku. Tema tahun ini ialah apple green and violet purple. Apa lagi cikgu-cikgi, jommmm kita melaram hehe! ( Siapalah agaknya yang menang kategori 'best dress' tahun ni ) .
Hari jumaat dah start bercuti.

Sekian, itu sahaja coretan untuk hari ini. Kita jumpa lagi. Bye!!
Wassalam

10 comments:

CeqGu said...

banyoknye makan kek hehe. saya sampai ke hari ni tak merasa lagi turkish gapo doh namo kek tu. Asyik tak dok jer. sedap ko eh?

nurbijen said...

selamat berpesta dgn skrip jawapan...
saya nasib baik ajar maths, mmg betul salah jer... senang nak tanda... tak perlu nak baca ayat panjang2 :)
Ida, sempat lagi nak menabung tu... jom kita tgk tulips bulan April tahun depan :)

Unknown said...

ooo camtu rupanya..stdent hepi abis exam tp cecikgu pening pala lak..!selamat menanda paper la ya..

Sweetamieda. Blo said...

Anis;turkish indulgence tu sedapp!!hihi.beli blk mkn ngan kids kat rumah tu

Sweetamieda. Blo said...

Bulan april tu nak jumpa kat mana?hihi

Sweetamieda. Blo said...

Mcm tulah gayanya hihi.tengkiu akak!!

Anonymous said...

salam tuan juhaida...

mcm pesta makan2 je..hehehe

Unknown said...

terliur plak tengok kek-kek tu..huhu

Sweetamieda. Blo said...

Mmg sedap!!baik cuba rasa.esp yg turkish indulgence tu

Sweetamieda. Blo said...

Pesta mkn kek ngan anak2 je hihi.encik suami pun x suka sgt kek