Alhamdulillah

Saturday 25 May 2013

Sanah helwah, putera sulungku!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

(gambar ihsan mr. google)

'Mood' semasa menulis 'entry' ini agak sayu dan terharu. Selamat hari lahir yang ke-9 untuk putera sulung kami..., Nik Muhammad Haikal. Walaupun mama gembira melihat Haikal semakin membesar dan bijak dari hari ke hari, namun entah kenapa terselit juga rasa sayu di sudut hati mama... Cepatnya 9 tahun berlalu...Serasa macam semalam mama masih lagi mendukung dan menyusukan Haikal.
 Haikal dilahirkan pada 26 Mei 2004 (pukul 5.40 ptg) dengan berat 3.58 kg di Hospital Pakar Ampang Puteri. 
Maafkan mama Haikal, sekiranya mama gagal jadi ibu yang terbaik untuk Haikal selama ini...namun mama akan tetap mencuba sedaya upaya mama untuk memberi didikan yang terbaik supaya Haikal, Danial dan Danish sentiasa cemerlang dunia dan akhirat.

Haikal ( 9 tahun ) ~2013
Sanah helwah ya Haikal...Mama dan papa sayang Haikal!

nak tempek beberapa keping gambar lama Haikal disini. 'Flashback' sedikit ya hehe

Haikal with mama & papa

2007 (Haikal & Danial with tok ma)

2007 (Haikal & Danial)

 2007

2007

 2009

 2009

 2011-first day kat sekolah ~darjah 1

2011-'first time' belajar makan dalam dulang ~darjah 1
Alhamdulillah!

Warkah buat Haikal,
 Kehadiran Haikal  amat bermakna dalam hidup papa dan mama. Semoga Haikal membesar menjadi Muslim yang mempraktikkan Islam dalam kehidupan seharian dan tidak ketepikan agama dan ibu bapa dalam setiap tindakan yang dilakukan. Doa kami, agar kita sekeluarga diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki yang halal serta sentiasa berada dalam keredhaan-Nya dan dijauhkan daripada tipu daya syaitan dan dengki khianat manusia. 
Amin!

Haikal, Danial dan Danish adalah anugerah terindah dalam hidup mama dan papa.
Syukur , Ya Allah!

Mama masih ingat saat-saat indah mengandung, melahirkan, menyusukan dan membesarkan putera bertiga! Masih utuh di ingatan!

Sekian, Wassalam



6 comments:

Unknown said...

terharu la pulok saat membaca entry ni...tersentuh perasaan keibuanku,namun pic zmn kecik2 tu eeee...geramnya!!!buat along,selamat ulangtahun kelahiran,moga mnjadi contoh terbaik wat adik2..

nurbijen said...

selamat hari lahir buat Haikal...
Ingat pesan mama tau Haikal :)

psst Ida... Haikal baca tak blog ni?

Sweetamieda. Blo said...

Haikal bc entry ni hihi

OKje said...

Wah terharunya auntie dengar harapan dan ucapan mama tu....
Moga Haikal menjadi anak yg soleh ye!

Sweetamieda. Blo said...

Tima kasih auntie okje hihi

Sweetamieda. Blo said...

Tq akak!