Alhamdulillah

Wednesday, 24 April 2013

Mei yang manis!

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Lama betul rasanya tak berkesempatan untuk 'update' blog dan 'blogwalking'. Masa tidak mengizinkan... Ni curi-curi masa sekejap sebelum tidur...walaupun mata dah mengantuk dan badan dah penat seharian bekerja.

Nak cerita sedikit tentang bulan Mei yang ditunggu-tunggu hehe. Seperti teman-teman semua sedia maklum, dalam bulan Mei banyak tarikh  istimewa yang disambut ramai insan hehe (bukanlah sambutan  gaya cam sambutan Hari Valentine hehe). Antara tarikh-tarikh penting sepanjang Mei:

1 Mei :Hari Pekerja...cuti!

12 Mei: Hari Jururawat Sedunia  
12 Mei: Sambutan Hari Ibu Di malaysia 
(Hari Ibu disambut pada minggu kedua bulan Mei)

16 Mei :Hari Guru

Bulan Mei juga bulan kelahiran untuk putera sulungku ...Haikal (26 Mei 2004 -26 Mei 2013). 
Selamat Hari Lahir ke - 9 , Haikal! Moga sentiasa jadi anak yang soleh, ceria dan cemerlang dunia dan akhirat!


Jangan lupa, bulan Mei juga ada cuti sekolah...hurray! hehe. Mengalahkan budak sekolah pulak haha,

Mungkin ada lagi tarikh penting dan bermakna sepanjang bulan Mei ni.Jangan lupa kongsi ya...
Bagi saya, memang ada satu lagi tarikh bermakna dalam bulan Mei ni...tunggu 'next entry' ya.
Tata, wassalam.


12 comments:

Rozita Ismail said...

yg pastinya...besday akak bukan dlm bln mei...!!!hikhik

nurbijen said...

Ida ni suka buat teka teki... apa tarikh yg istimewa tu ya? hurm....
Kejapnya dah nak masuk bulan Mei...

umi alya said...

3:4 tepat..

hainom OKje said...

Macam macam benda jugak dalam bulan Mei nikan...seronoklah cikgu yeh TJ cuti sekolah haha

Tuan Juhaida said...

Akakkan baby january hehe

Tuan Juhaida said...

Tulah.masa berlalu pantas sgt.pejam celik pejam celik dah nakbulan puasa dah ni

Tuan Juhaida said...

Hehe

Tuan Juhaida said...

Cuti mmg seronok hehe tp yg x seronoknya time cutila cecikgu kena tanda kertas exam ptengahan tahun students huhu bertimbun2 gitu hihi

elly-daily said...

Ngundi ngundi... :D

Tuan Juhaida said...

Ahha.tq! Hihi mcm mana boleh terlupa benda penting ni hihi 5 mei PRU...jgn lupa kwn2,jom kita menunaikan tgjwb mengundi!

Puan Kutu said...

kiranya bulan mei ni byk kan hari istimewa..cuti umum gak best..:)

Tuan Juhaida said...

Tulah.ada cuti sek sama hihi