Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Malam ni baru berpeluang untuk menulis sesuatu di blog ini...Hehe sekarang musim cuti sekolah...so 'entry' kali ini pun berkaitan dengan aktiviti cuti sekolah kami pada kali ini iaitu...balik kampung...hurrayy!(amboinya seronoknya cik kak )hehe.
Mau tak seronokkan...?Sesiapa pun mesti rasa 'happy' bila dapat balik kampung sendiri..our hometown! Tempat kita lahir dan membesar...belajar serta yang paling penting dapat jumpa ayah dan ibu tersayang serta saudara -mara.Bestnya!
Walaupun cuti sekolah selama seminggu tapi aku hanya sempat balik ke kampungku selama 2 hari sahaja huhu sedeynya. Kami bertolak balik pada hari khamis dan hari sabtu sudah meninggalkan bumi Kelantan (chewwah, syahdu gitu hihi). Nak buat camnakan dah masing2 kerja dan banyak 'commitment' lain juga. Namun walaupun dapat balik sekejap sahaja...itu lebih baik daripada tak dapat balik langsungkan hihi...boleh lepaskan rindu pada yang tersayang..., tengok rumah, tengok kucing2ku kat kampung hehe. Yang penting , dapat lepaskan kerinduan tokbah dan tokma kepada cucu-cucunya yang 3 orang ni (anak-anakku).
kuih Akok..sedap!
Sesampainya kami ke rumah my mum n dad, terus my mum hidangkan kuih kegemaran ni untuk minum petang hihi
Buah-buahan pun ada..
my heroes...terus main basikal..tok bah memang 'happy' la bila cucu2 kesayangannya ni balik kampung hihi..
Malam tu kebetulan ada tetamu datang rumah ...sepupuku yang baru kahwin datang bawa isterinya datang ke rumah kami...Syukur, boleh kami jumpa sekali hihi.
Pagi esoknya,Jumaat, pukul 9.00 pg kami dah keluar 'breakfast' kat kedai..hehe saja sesekali balik kampung teringin nak makan macam2... so pepagi ni kami pekena nasi berlauk hihi..sorry...lupa ambil gambar sebab dah kempunan sangat hihi...dapat ja terus makan...nyum..nyum , tak nyempat2 nak ambil gambar dah...Aku memilih nasi putih berlauk ikan tongkol dan daging goreng serta sambal belacan... perghhh...memang sedap la....
Destinasi seterusnya nak gi Pasar Besar Siti Khadijah. Hihi tak sah bila balik Kota Bharu kalau tak pegi ' shopping' kat sini. Lagipun ada kawan baikku kirim batik sutera crepe. Tapi memang jem la nak masuk bandar KB time cuti sekolah ni. Bersabar jelah hihi. Nasib baik rumah dekat je.
jalan memang jem dalam bandar KB
Pasar Besar Siti Khadijah
Taddaa dah sampai dan dah dapat 'parking'...so jom kita ronda hihi.Tanpa buang masa (memandangkan hari ni hari jumaat), kami terus naik tingkat 2 ; untuk cari kain sutera, kaftan dan tudung bawal.
sutera crepe abstrak
sutera crepe abstrak
kain sari pun ada hihi
Selepas beli apa yang patut disini , kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu...Bazar Tok Guru. Sayangnya hari ni hari jumaat, so banyak kedai ditutup di dalam Bazar Tok Guru ini. .
Bazar Tok Guru.
Selepas selesai membeli apa yang dikehendaki, 'my hubby' ajak gi makan nasi air kat Restoran Mak Su Nab . Sekali Mak Su Nab pun tutup juga hari Jumaat huhu. Kat Kelantan cuti hari Jumaat.
Mak Su Nab Nasi Air,
Jalan Abdul Kadir Adabi, Kota Bharu, Kelantan
Sebagai alternatif, kami mencari nasi air di kedai lain . Pusing-pusing, kami jumpa satu kedai nasi air.
Kedai ni bersebelahan dengan KB Burger Bakar dan terletak betul2 di tengah bandar Kota Bharu, Kelantan
Dah siap makan , kami bergegas pulang ke rumah kerana kaum adam nak pegi menunaikan solat Jummat pula. Selepas solat Jumaat, kami sempat hadir ke majlis kenduri.
Balik dari kenduri sempat juga kami 'melencong' jap ke Zon Komersil Wakaf Che Yeh.
Tapi 'part' paling 'frust' apabila aku tak berjaya (huhu) nak makan popia Stadium ( @ Food court perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV) yang sedap tu kerana kedai tersebut tutup pada hari jumaat..sigh!... bila la nak balik kampung lagi ni...rasanya cuti raya nanti baru kami akan balik lagi...lambatnya...!! Kempunan la pulak!
Cuti sekolah bulan Mei-Jun kemungkinan besar kami tak balik kerana ada hal lain.
Itu saja coretan ku untuk kali ini...besok pagi kami akan bertolak ke Besut, Terengganu (Rumah Ibu Mertuaku) dan hari ahad kami akan berangkat pulang ke KL semula.
Jumpa lagi ma dan abah. Love u always!
Tata !
12 comments:
Ada lagi kenduri makan hidang mcm tu, best nyer...
Apa2 pun, dapat juga balik kg... mcm saya ni, skype aje la utk hilangkan rindu.... sob sob :(
Tulah nur. Kenduri tu ada khemah mkn buffet kat luar rumah.tp kami dpt layanan special skek hihi.lauk pauknya mmg the best!
besarnya akok!kat kajang pun ada tp kecik2 jer...kat kelate meme ct ari jumaat sumer kedai tutup,akak dah penah laluinya time blk kg dolu2..!hihi
Biasa kami blk kg lama skek so srmpat la ronda sumer tempat n rasa mknan yg best2 kat tempat2 best nih.ni blk 2 hari je..hihi.khamis ptg br sampai kb.so jumaat je sehari nak meronda.sabtu dah blk semula.nasib baik pasar siti khadijah buka hari jumaat
Akok tu mmg akok yg sedap tu.
Popia kat situ mmg terbaekkk
Popia kat situ mmg terbaekkk
Yupp.betul tu anis
ohh rindulah Akok dari Kelate... rindu rindu....
TJ....punyalah payah nak menjejaki awok ni....URL blog tak de dekat google plus tu .....tulah baru sekarang dapat ni...TQ kat Ceqgu dan MFM sebab tolong bagi URL....
Teringin nak gi kelate lagi...last pergi masa ank sedara kawen rasanya 3 tahun sudah kot...
MFM n OKJe : tq sudi dtg hehe happynya....akok tu mmg fav hihi jom kita pi Kelantan
Post a Comment