Alhamdulillah

Tuesday 6 August 2013

Tudung bawal sulam ayak (sulam tangan) with swarovski crystal

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dah balik kampung tercinta, tak sah kalau tak pergi cari tudung bawal hehe (tu khas untuk peminat tegar dan pengguna setia tudung bawal macam saya nih...walau pelbagai fesyen tudung dan shawl di pasaran, bawal tetap di hati...chewwah!).

Pagi ni memang niat nak pergi cari tudung raya. Tapi nak pergi Pasar Siti Khadijah di tengah bandar Kota Bharu (KB) memang tak berani time gini. For sure memang jem teruk dan orang padat gila. So...ubah plan, saya ajak husband teman ke butik Hajra je . Butik ni terletak di Wakaf Che Yeh.. takde lah kena masuk town KB. Dalam hati sedih juga sebab memang dok niat nak beli tudung bawal.

jalanraya memang sesak


Cari tudung Syria kat Hajra, takde yang match pula dengan warna baju raya saya. Kalau ada yang berkenan pula, takde pulak saiz yang dikehendaki atau fabrik pula tak berkenan. Hmmmm macam2 hehe. Rasa memang dah nak balik bila tetiba terpandang ada tudung bawal sulam ayak with swarovski!! Hurray! Belek-belek tengok ada warna yang berpadanan. Saya terus 'grab' 2 helai walaupun banyak sangat warna dan pattern yang berkenan. Tak mampu eden nak beli banyak-banyak hehe. Buat2 tak nampak je harganya time bayar tuh hehe ( ada jugak pesen ni ish ish ish). 
Jangan ditiru perangai saya ni ya.


warna hijau yang cantik...dalam picture ni colour slightly different




Harga?? (RM170 sehelai) Biarlah rahsia huhu.
Ok, itu sahaja...jumpa lagi next entry. Sekian, wassalam.



p/s : petang ni nak gi melawat bapa saudaraku di hospital (HUSM Kubang Kerian).

4 comments:

Unknown said...

hehe...ni kira bli pejam mata la ya!?cantik..

Sweetamieda. Blo said...

Hihi gitulah

OKje said...

Harus mahal tu TJ.....
Okje pulak kurang suka yg corak tebal...suka yg simple simple.... hehe

Galeri Artie said...

Cantik² design bawal sulam begini. Tak sangka tahun 2022 boleh buat comeback pula kan? Design lebih minimalis tapi masih nampak klasik.

Tq share Admin!