Assalamualaikum dan salam sejahtera
Petang ni berkesempatan melawat bapa saudara tersayang di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Bapa saudaraku ini baru-baru ini telah menjalani pembedahan pintasan jantung tetapi masa tu saya tak sempat melawat . Kebetulan balik cuti raya ni, baru plan nak pergi menziarahinya. Alhamdulillah, pembedahan pintasan jantung berjaya tetapi bapa saudaraku terpaksa dimasukkan ke hospital semula kerana komplikasi pada luka pembelahan pada betis dan peha untuk mendapatkan urat bagi pembedahan pintasan jantung. Ini kerana bapa saudaraku penghidap penyakit kencing manis. Itu yang menyebabkan luka pembedahan lambat sembuh

sedikit info tentang teknik memotong urat paha/betis untuk pembedahan pintasan jantung:
"Pembedahan pintasan jantung dilakukan untuk pesakit-pesakit yang diserang sakit kerana urat menyalurkan darah ke jantung tersumbat. Apabila urat yang menyalurkan bekalan darah ke jantung (urat koronari) tersumbat akibat plak (timbunan lemak, kolesterol dan bahan lain) pengaliran darah akan tersekat. Ini akan memperlahankan atau menghentikan pengaliran darah melaluinya ke jantung hingga membawa kepada sakit pada dada dan serangan jantung.
Apa yang dilakukan oleh pakar bedah adalah mengeluarkan seutas urat dari peha/kaki lalu menggunakannya sebagai saluran baru untuk memintas urat koronari yang tersumbat itu. Dengan ini urat dari kaki/paha dijahit melintasi urat yang tersumbat itu.
Proses memotong urat dari kaki/paha atau usaha mengeluarkan urat itu memerlukan bahagian belakang kaki dibelah agak panjang bagi mendapatkan urat berkenaan. Ini biasanya meninggalkan parut dari celah kelangkang sehingga ke buku lali. Anda bukan saja terpaksa melupakan impian untuk menyertai pertandingan ratu cantik tetapi proses mengeluarkannya amat sakit sekali. Pemulihan juga mengambil masa yang lama sebelum pesakit boleh berjalan semula."
gambar ihsan google~cara mengeluarkan urat kaki untuk digunakan dalam pembedahan pintasan jantung |
Sakitnya! Kesian ayah Din . Tapi ayah Din memang seorang insan yang sangat sabar dan baik. Moga Allah melindunginya. Ayah Din ku ini seorang guru matematik dan sekarang telah pencen.
ceria walaupun sakit dan masih berkeras untuk berpuasa |
Kami semua mendoakan kesihatan ayah Din.
Sekian, wassalam!
8 comments:
moga ayh din cpt sembuh..hargailah waktu sihat mu sblom dtg waktu sakit mu..
salam TJ ..
semoga ayah Din cepat semboh ..
bersabar dalam menghadapi ujian Nya ..
Hish....seram okje tgk gambar tu TJ......
Susah jugakkan TJ...nasib FIL tsk jadi bedah!
Terima kasih,aby
Tulah...takutkan
Salam Ju,
Pak Aji pun dah pernah buat by-pass tahun 2000 lalu, ada 5 salur darah yang tersumbat. Dia kena ambil urat pada kedua-dua lengan sebab usia dia ketika itu baru 43 tahun, patient termuda di wad! Alhamdulillah so far so good selepas 13 tahun 'overhaul!'
Ooo bapa saudara sy tu umur 62 tahun, tahun ni.
"Overhaul" ye hihi
salam kenal,
ish..ngeri la pulak tengok gambar tu..harap semuanya selamat ya..
Post a Comment