Alhamdulillah

Friday 8 March 2013

Parfume mempengaruhi emosi anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Topik untuk hari ini ialah tentang 'parfume / perfume' @ minyak wangi. Majoriti manusia sukakan bau yang harum dan jarang sangat ada insan yang tidak menggemari sesuatu yang harum seperti bau-bauan bunga segar dan buah-buahan sitrus. Daripada sinilah bermulanya penghasilan 'parfume' yang unsur utamanya diekstrak daripada sumber semulajadi seperti bunga-bungaan dan rempah -ratus. Sejarah membuktikan 'parfume' telah digunapakai dan dihasilkan di Mesir terlebih dahulu dan bukannya bermula di Kota Romantik iaitu Perancis ( yang dikenali sebagai negara terhebat dalam pengeluaran minyak wangi dunia ).




Parfume dikelaskan kepada 4 kategori yang utama iaitu:

Parfume



Daripada semua jenis pewangi,Parfume paling tahan lama (sehingga 48 jam). Kadar ekstraknya mencapai 22 % tanpa campuran alkohol langsung. Oleh kerana itu, hindari memakainya secara  berlebihan kerana baunya sangat kuat dan menyengat. 

Parfume juga sangat mahal harganya




Eau de parfume (EDP)

Wanginya boleh bertahan sehingga 24 jam. Jenis pewangi ini memiliki kadar alkohol yang  sedikit sahaja, sementara kadar ekstraknya lebih kurang 15-22 %, sehingga aroma
 wanginya kuat dan tahan lebih lama .



Eau de toilette (EDT)



Jenis pewangi ini satu tingkat lebih tinggi daripada cologne. Kadar alkoholnya tidak setinggi kadar alkohol di dalam cologne, dengan kadar ekstraknya sekitar 12 %, sehingga wanginya boleh bertahan sehingga 6-12 jam.




Eau de Cologne (EDC)

Jenis pewangi ini yang paling ringan tetapi kadar alkoholnya paling tinggi dan hanya terdapat sekitar 5% campuran ekstrak, sehingga wanginya cepat tersebar. Meski tergolong kategori ringan, cologne tetap jadi pilihan kerana memiliki aroma yang menyegarkan tubuh dan tahan hingga
 2-3 jam. Cth:Body Mist/ Body Splash.


Tips untuk mencuba parfume:

  1. Hindari mencuba lebih daripada 2 parfume pada satu-satu masa kerana ia akan menyebabkan semua parfume yang anda cuba berbau hampir sama.
  2. Boleh gunakan /hidu biji kopi sebelum mencuba parfume seterusnya.
  3. 'Spray' parfume pada bahagian kulit yang kering.

Tips untuk mengekalkan aroma parfume yang dipakai:



  1. 'Spray' parfume pada kulit  dibahagian tertentu badan (contoh : pergelangan tangan, belakang telinga, dada dan leher ) sejurus selepas mandi

  1. Elakkan menggosokkan kedua- dua pergelangan tangan (selepas 'spray' parfume) kerana ia akan menghilangkan bau parfume itu.

Biarkan parfume mengering dengan sendiri selepas di 'spray'.

Simpan botol parfume anda di tempat yang sesuai , seperti di tempat yang kering, gelap dan terlindung daripada cahaya matahari cthnya dalam laci.

Parfume juga mempunyai 'expired date' so tidak boleh disimpan terlalu lama kerana ia akan menjejaskan aromanya. Parfume yang belum dibuka dan belum dikeluarkan dari kotaknya boleh bertahan sehingga 5 tahun!


Paling penting:

Anda tidak digalakkan memakai parfume yang sama untuk tempoh masa yang terlalu lama kerana parfume boleh mempengaruhi hormon dalam badan serta mengawal emosi anda!

So, disyorkan menukar parfume berlainan setiap 3 bulan sekali dan tidak memakai parfume yang sama bertahun-tahun. Tukar2 lah aroma ya!




 Ini antara koleksi parfume kegemaranku


koleksi ni dah dibuang botolnya semasa pindah rumah dulu huhu


Itu saja coretanku untuk hari ni. Selamat membaca!Jumpa lagi!



5 comments:

nurbijen said...

baru tahu kena tukar perfume 3 bulan sekali... saya belasah jer pakai hingga habis... yg ada skrang ni pun rasanya dah nak masuk setahun, tapi masih tak luak.. hehehhe

Anonymous said...

betulke kena tukar prfme 3bln sekali?akak lak jenis xbrapa suka ngan prfme2 ni,yg ada pun xabis2 pkai xtahu la dah expred ke blom..hihi

Sweetamieda. Blo said...

haha digalakkan coz parfume
kita spray kat pgelangan tgn n meresap masuk dlm kita punya skin n blood vessel.so bahan dlm parfume tu mpengaruhi mood dan emosi kita.semua bau,warna, rasa memainkan peranan dlm hidup kita

Sweetamieda. Blo said...

tak digalakkan pakai perfume bau yg sama btahun2 lamanya.tukar2lah.

Anonymous said...

oooo gitu,dpt info baru tu...tenkiu ida ats perkongsian ini