Alhamdulillah

Wednesday, 13 March 2013

Ringan kepala!

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Moga semua teman-teman sentiasa sihat dan ceria

Hari ni balik dari kerja saya me'round2' untuk cari kedai/salun gunting rambut untuk wanita. Lama sangat dah tak gunting rambut, rambut pun dah panjang dan gugur (aisyyy!) kerana tak terjaga. Yalah, sibuk dengan famili, kerja dan pelbagai hal sampai diri sendiri tak sempat nak dimanja-manjakan dan dibelai2...padahal kalau terjaga mesti i jelita mengalahkan Preity Zinta ni....ceh...hihi...jangan jadi hantu kak limah dah...haha

Pusing punya pusing, ahha.. terjumpa satu salun yang di beri nama Jemari Studio. Kebetulan elok jer ada parking kat depan salun tu, so apa lagi i terus ' park' kereta dan masuk ke dalam salun tu ditemani oleh my little heroes, Danish, yang baru diambil dari tadika.


Wow, agak menarik ni...Masuk ja, sudah ada dua orang pelanggan yang sedang didandan rambut. So, aku di suruh duduk  dan di layan oleh salah seorang pekerja (Gadis Melayu). Mulanya memang aku hanya berniat nak potong rambut sahaja..tetapi semasa rambutku sedang digunting, fikiranku mula berubah. JOM CUCI RAMBUT!! Best betul bila ada orang tolong cuci rambut dan siap urut kepala dan bahu . Hilang segala penat  bekerja dan kepala pun rasa ringan sangat. Memang pekerja tu sangat cekap dan profesional.  Sekarang memang dah dapat ' port' gunting rambut yang baru! Nampaknya, saya akan jadi pelanggan setia disini. 
Baru la terasa sebenarnya badan ni perlukan rehat yang sebetul-betulnya rehatkan....Danish siap cakap..." biasa mama syampukan rambut Danish, hari ni org lain pula yang syampukan rambut mama".hihi.

Jemari studio ni juga ada menyediakan pelbagai pakej menarik selain dandanan rambut, iaitu spa dan rawatan kecantikan. Rasa macam nak datang lagi untuk cuba spa dia pulak. Ceh...sejak bila pandai nak gi spa-spa ni...hehe...

Selesai gunting, cuci , letak tonik rambut (utk rambut sihat serta elak kelemumur) dan 'blow' rambut, aku tgk imejku kat cermin dah nampak comey dah hihi. Betul-betul cam Preity Zinta punya adik tiri haha. Gurau je...Setel bayar dan siap beli lagi tonik rambut sebotol hihi.


Ini antara pakej yang ditawarkan

Itu sahaja catatan pengalamanku untuk kali ini. Tq sudi baca.
Wassalam



6 comments:

Anonymous said...

bertuah la spa jemari tu coz bru first time ida singgah dah rasa suka tmp tu...hihi

CeqGu said...

Ewahhhh dah makin cun la mama danish....dah lama x gi salon huhu

Sweetamieda. Blo said...

Hihi.itu menunjukkan pkhidmatan dia bagus jd skali cuba org terus suka n pikir nak dtg lagi

nurbijen said...

best nyer sekali sekala manjakan diri... saya tak pernah pula gi spa.. biasa ngurut dgn bidan kampung jer... rindunya nak berurut

Sweetamieda. Blo said...

Sy pun x penah lg ni gi spa.nanti nak try gi ni hihi

OKje said...

Lama dah tak gi saloon TJ...masa keje dulu selalulah...rasa bersalah pulak nk mintak duit laki hehe...