Alhamdulillah

Monday 5 August 2013

Mood balik kampung

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari-hari terakhir Ramadhan...nampaknya sudah ramai teman2 yang telah selamat pulang ke kampung  halaman dan sibuk dengan persiapan terakhir sebelum Syawal menjelma. Jangan terlupa juga melakukan ibadah di malam2 terakhir ni...
Saya  juga telah selesai 'packing' barang2 untuk pulang ke kampung. Rasa sangat tak sabar nak jumpa keluarga tersayang dan berbuka puasa bersama2. Ma & abah....tunggu kami hehe. 
Semoga perjalanan kita menuju destinasi masing2  dilindungi Allah dan kita semua selamat tiba ke destinasi masing2...in sha Allah!

Nak selitkan juga disini...hari tu selepas dibenarkan keluar dari wad...sampai je rumah terus pulun buat muffin hehe. Kuat semangat (walaupun tangan bekas inject tu masih sakit dan badan masih lemah) sebab muffin2 tu nak bawa pulang ke kampung.

muffin blueberry
muffin coklat
muffin strawberry
Namun tak sempat buat cheese cake, red velvet cupcakes dan biskut semperit dahlia. Bahan2 dah ada,,,in sha allah....
Ok, sampai sini sahaja buat kali ini. Wassalam!





p/s: di bulan Ramadhan yang mulia inipun masih ramai yang melakukan  kejahatan. Baru2 ni (hari Nuzul Quran~Jumaat),  seorang cikgu di sekolahku (teman sejawat), telah disamun di dalam kawasan sekolah kami. Temanku baru balik dari bank dan baru mengeluarkan sejumlah wang yang besar (5 angka) dan dia kembali ke sekolah semula untuk menunggu anaknya selesai solat jumaat di masjid berhampiran sekolah kami. Penyamun tu mungkin sudah mengekori kereta kawanku itu dari bank lagi. Dan yang melakukan jenayah itu adalah orang melayu (tengok dalam cctv).

Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini juga seorang lagi cikgu di sekolahku telah kehilangan kereta. Keretanya di curi di hadapan pagar rumahnya sendiri.

Takziah diucapkan kepada teman2  sejawat yang telah diuji dengan dugaan yang besar di bulan puasa ini. Bersabar dan ingatlah ...setiap yang berlaku itu adalah dalam pengetahuan-Nya dan tentu ada hikmah disebaliknya.

13 comments:

sekadar satu coretan said...

sekarang mmg byk sgt perompak..berhati2 la ketika keluar dari bank tu...mmg ada org akan folo...selalu dgr cerita seperti tu...

takutkan...

MyFreeMinded said...

Agaknya hidung penyamun dan perompak ni memang boleh hidu duit.. tau je dia... Itulah manusia bila tak takut balasan yang menanti di akhirat nanti...

Rajin ye buat kuih muih..
Moga selamat perjalanan pergi balik tu... Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Maria Firdz said...

rajinnya buat muffin.. jrg org hidang muffin di hari raya nih...

Selamat hari raya... :)

Sweetamieda. Blo said...

Muffin tu hukan hidangan utama tu.lebih kpd buat utk sendiri mkn hihi.biskut raya semua beli

Unknown said...

cam xcaya lak sumer muffin2 tu ida yg buat..!kalah akak..huhu..risau la skrg byk sgt penjenayah,tembak menembak org sesuka hati..!

puanstoberi said...

rajin ber muffin bagai nih.. good.. good.

tu lah..memacam jenayah skang ni.. risau btul

aby said...

salam TJ ..
dah boleh buat muffin bermakna dah beransur pulih la kan ..
boleh beraya dengan selesa ..
psl penjenayah tu ..
moga depa tu diberi kesedaran dari membuat kerja yg tk elok tu

Sweetamieda. Blo said...

Betul tu.kena sentiasa waspada.mereka ni ada informer n mata2 yg memerhati

Sweetamieda. Blo said...

Mmg depa ni cepat je bab2 nak buat jenayah ni.
Selamat hari raya juga.maaf zahir batin

Sweetamieda. Blo said...

Akak tu saja taknak buat hihi.
Mmg. .doa selalu agar allah lindungi

Sweetamieda. Blo said...

Kat memana pun dah x aman

Sweetamieda. Blo said...

Alhamdulillah aby.dah makin sihat
Selamat hari raya ya

:: CIKVIVA :: said...

muffin cokelat tuu...anyway selamat hari raya