Alhamdulillah

Tuesday 27 August 2013

Trial SPM, Coway water Purifier & Ikea extra charge?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sebelum terlambat , nak wish good luck untuk semua pelajarku (tingkatan 5) yang sedang menduduki peperiksaan percubaan SPM bermula hari isnin (26/8/13). Buat yang terbaik ya!!!


Minggu lepas, ada satu lagi 'pembantu baru' dari Korea di dapurku hehe...tadaa! !
(sila rujuk gambar di bawah).
 Alhamdulillah

Coway water purifier (model : Petit )

Minggu lepas juga sesi menggantikan aircond lama yang rosak (dah tak dapat dibaiki lagi ) kepada aircond baru (dalam bilik tidur utama). Pendek kata, memang banyak la benda baru sehari dua ni kat rumah ni. Kebetulan sebenarnya.

Hari ahad (25/8/13), kami sempat berkunjung ke Ikea untuk mencari barang yang sekian lama diminta oleh our little Danish hehe. Tau apa yang Danish nak? Danish nak 'display cabinet' untuk simpan semua kereta mainannya hehe. Danish dapat idea ni semasa berkunjung ke rumah ibu saudaraku yang kebetulannya memang ada satu unit display cabinet utk toys anak2nya di rumahnya. Tapi kami tak beli  display cabinet yang diperbuat daripada glass kerana takut mudah pecah dan membahaya pada anak2ku. Kami pilih bookcases berpintu kaca.

seronok sangat naik troli barang hehe
best sangat gi Ikea kan. Sumer nampak cantik je hehehe
Almari putih tulah yang Danish punya.
Baru sampai tadi (Selasa, 27 /8/13) jadi belum sempat isi mainan Danish lagi.
Almari ni berpintu kaca
Mama Danish tak sempat lagi nak simpan semua kereta Danish.
Tu yang sikit tu Danish yang simpan sendiri hihi

Sebenarnya ada sedikit rasa sangsi dan tak puas hati semasa pemasangan unit kabinet ni tadi di rumahku. Ini kerana aku dikenakan caj tambahan untuk 'drill' satu lubang pada dinding supaya almari ni 'attached' pada dinding dan tak mudah terbalik. Padahal memang dah ada dalam manual pemasangan yang almari ni perlu di 'attach' pada dinding pada bahagian atasnya. 

Manual Pengguna


Mengapa mesti kena caj tambahan sebanyak rm65  untu tebuk satu lubang di dinding? Atau aku kena kelentong dekat pekerja Ikea yang datang pasang tadi? Sebab segala kos penghantaran dan pemasangan telah dijelaskan di Ikea pada hari kami membeli produk ini.


details yang telah dijelaskan bayarannya di Ikea (ini untuk satu item sahaja):

Billy Olsbo glass (pintu cabinet) = RM80.00
Billy bookcases (almari) = RM125.00
Home delivery charge(penghantaran) =rm75
Assembly charge (pemasangan) = 16.40

tetiba today, masa pemasangan, Mat Bangla tu cakap kena bayar lagi extra rm65. Tak puas hati betul tapi malas nak tanya lebih2 sebab my hubby pun takde kat rumah...i'm alone je huhu. Kan takut diapa2kan pulak. Nauzubillah!


Sekian, wassalam!
Jumpa lagi next entry!

15 comments:

Anonymous said...

Terima kasih cikgu :) hehe - hazwan

Unknown said...

jauhnya pembantu baru ida kat dpur tu..dr korea tu!!!mahal sungguh caj yg dikenakan tu,lain kali xleh alih2 ler almari tu kat lain lak kalu nak wat make over umh nt..

Sweetamieda. Blo said...

Sama2 Hazwan hihi

Sweetamieda. Blo said...

Ye.susah la nak alih2 dah.taknak tebuk byk lubangkatdinding

Anonymous said...

Salam ju

Seronoklah danish..hasrat terlaksana..lepas ni blh tunjuk gmbar kereta yg dh oenuh di isi..

Mama danishpun dpt pembantu..hehehe

Sypun suka menjelajah Ikea..geram je tgk...

Sweetamieda. Blo said...

Ok.nanti danish tunjuk pic hihi

yan's cottage said...

cantik almari tu....tapi yg tak best tu....kenapa pula ada cash tambahan untuk tebuk satu lobang tu....memang tak puas hati sangat....

Sweetamieda. Blo said...

Tulah.nabti nak doublecheck dg ikea customer service

AtieYusof said...

Cantik almari tu Kak..
tapi mahal plak kan dia caj smpi rm65 tu..
pasni bolehlah Danish susun keta mainannya..

Sweetamieda. Blo said...

Akak dah tolong danish susun kereta2 kecilnya dlm tu...tp x muat juga hihi.byk lg kereta danish kena letak dlm bekas mainan je.kereta dia mmg byk sgt

aby said...

rezeki Mat Bangla hari tu ...

Kayu Manis said...

shopping lps rayalah ni...cantik warna putih..

selamat menjalani trial spm wahai anak2

Sweetamieda. Blo said...

Mungkin

Sweetamieda. Blo said...

Tq

OKje said...

Pergh....macam macam ada ni...hehe bertambah senanglsh kerja mak kalau cam ni hehe!