Alhamdulillah

Saturday 3 August 2013

Food poisoning dan hari2 terakhir Ramadhan di hospital

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Lama juga tak sempat nak update blog dan BW blog teman2. Walaupun banyak kisah nak dikongsikan , terpaksa beri laluan kepada kisah yang lebih besar dan tak dijangka hehe. Itulah lumrah kehidupan sebagai hamba-Nya..mesti redha untuk diuji dengan sebarang bentuk ujian (kecil & besar). Alhamdulillah, dah melepasi tempoh ujian tersebut.

Alkisahnya, pada pagi 2 Ogos (Jumaat, pukul 4 pagi), saya telah dibawa ke hospital (APSH) oleh suami dan anak2 kerana mengalami sakit perut yang amat berserta dengan muntah2 dan cirit-birit. Setelah diperiksa oleh doktor, doktor menyatakan aku terkena food poisoning. Memang pada petang hari sebelumnya, aku ada makan lala untuk berbuka puasa. Lauk lala itu memang aku beli di restoran berhampiran rumahku. Nasib baik suami dan anak2 tidak makan lala tu sama. Kot tak, memang satu rumah kena food poisoning. Lagi haru...nak dekat2 raya ni...tak best aa raya kat hospital....nak balik kampung.
Melihatkan keadaanku yang agak teruk, aku ditahan di hospital dan  diberi injection tahan sakit. Sekali inject, masih x jadi. Aku diberi injection kedua yang dosnya lebih tinggi dan akan mengakibatkan mengantuk. Barulah rasa sakit perutku berkurang. Namun muntah dan cirit birit masih berterusan. So, kena la masuk air garam guna drip tu huhu (5 botol tu!)

Sedihnya  tengok muka anak2ku bila aku terjaga dari tidur akibat kesan ubat tahan sakit tu Ketiga-tiganya setia berdiri di tepi katil ku sambil menangis dan memanggil .."mama...mama...bangunlah...". Slow je aku dengar.. Takpe...mama bukan nak mati lagi ni (ye ke?huhu). Aku bisik dalam hati je. Sayang juga depa kat mama depa ni hehe. Kesian suami dan anakku tak sempat bersahur kerana menemaniku.




Haikal & Danial tidur di hospital malam tu kerana menemaniku.Little Danish pun taknak balik, tetapi suamiku pujuk bawa balik juga kerana risau takut dia terjaga malam dan nak susu...susu tak bawa pulak ke hospital.
Alhamdulillah, setelah menerima rawatan sewajarnya, aku dibenarkan keluar pada hari sabtu, pukul 2.00ptg. 2 hari dan 1 malam aku berada di hospital. Syukur sangat! Ingat dah tak boleh nak balik beraya kat kampung dah. Tapi walaupun dah dibenarkan keluar, tekakku jadi sakit akibat banyak muntah hingga suara jadi rock haha. Tangan tempat cucuk drip pun sakit dan agak bengkak huhu. Berat badan pun turun 4 kg (tapi for sure raya ni naik balik haha).

Sekian, wassalam!


p/s: ingin minta maaf zahir dan batin kepada semua teman, sanak saudara, murid2ku dan semua yang mengenali. Selamat menyambut kedatangan Syawal. Sedih untuk berpisah dengan Ramadhan yang mulia ini. Pandulah dengan cermat untuk pulang berhari-raya!

8 comments:

Umialya said...

alhamdulillah sib baik dah ok.

Unknown said...

terharunya bila budak2 tu dok panggil mama2 tika ida tidur coz kena suntik..!ujian mmg utk org yg terpilih n tu maknanya Allah sayang kita,dia bg ujian..

aby said...

salam TJ ...
alhamdullillah, beransur sihat ..
kena lebih berjaga klu beli makan dari luar lps ni ..
wah .. dapat turun 4 kg ..
best tu ..

Sweetamieda. Blo said...

Tima kasih,aby.
Turun 4 kg tu sebab food poisoning la kot.asyik muntah n cirit je.makan apapu keluar semula hihi

Sweetamieda. Blo said...

Alhamdulillah

Sweetamieda. Blo said...

Betul tu

mama3heroo said...

salam ramadhan # 27 kak..
dugaan di akhir ramadhan..

puanstoberi said...

adui..teruk jgua tu smpai warded kan.. apa pun, jaga kesihatan yer..