Alhamdulillah

Sunday, 15 December 2013

Nasi Serati Ayam Kampung

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya sekeluarga  telah selamat sampai ke  KL. Entah bila akan balik kampung lagi (Kota Bharu, Kelantan) untuk jumpa famili tersayang ! Belum sampai KL pun sudah merindu. Parah betul!

************
Malam semalam, saya dan keluarga mertua sempat menjamu selera di Zul Ikan Bakar di Kuala Besut. Rezeki kami, ada orang belanja gitu sempena naik pangkat hehe. Langkah kanan betul! Terima kasih!


Memang sedap tapi tak berkesempatan untuk ambil gambar hidangan makanan, almaklumlah makan ramai2kan. Segan pula dengan MIL dan SIL hehe. Habis kisah ikan bakar. Titik. hehe.

^
^
^
^
^
^
Kisah seterusnya....

Kelantan memang terkenal dengan syurga makanan dan syurga membeli belah. Pelbagai variasi makanan yang sedap2 terdapat di bumi Kelantan ni.
Kali ini nak perkenalkan gulai untuk nasi berlauk pagi (breakfast) yang 'famous' di Kota Bharu, Kelantan. Banyak pilihan untuk sarapan selain nasi dagang, nasi kerabu, laksam, mee goreng, roti canai, nasi lemak, roti jala, pulut pagi dan kuih muih..anda juga boleh pilih nasi berlauk. 
Lauk-pauk pun pelbagai. Ada ayam kampung goreng, gulai ayam kampung, gulai daging, gulai itik serati, burung puyuh goreng, daging goreng, gulai kuning telur, gulai kuning ikan aya,  dan bla...bla...bla..hehe. Heaven! 

Gulai dalam kawah

Gulai dalam kawah


Nasi berlauk dengan gulai itik serati yang sangat yummy,telur mata dan sambal belacan. Dihidang atas daun pisang

Kalau terliur dan nak cuba rasa nasi gulai serati dan ayam kampung yang sedap ni boleh berkunjung ke Kedai Makan Nasi Serati Ayam Kampung , Jln Long Yunus, Kota Bharu, Kelantan.

************

Pernah tengok dan makan kuih ini?

Kuih Serabe (Serabai) yang dibuat dari tepung beras

Kuih talam gula merah

Sekian dulu untuk kali ini. Nanti kita sambung lagi bicara ilmiah kita ini. 
Wassalam.

15 comments:

aby said...

salam TJ ..
nak jadi pemasak yg bagus pun kena berilmu juga ..
tp utk menjadi pemakan yg bagus tk perlu ilmu ..
makan jer apa yg di sua ..
asalkan halalan toyyiban..
he..he..

MulutPayau said...

semua mkanan tu sedap, memikat dan mnyelerakan....
Dah lama tak makan kuih serabe tu..

nurbijen said...

kalau kelik kelate, mmg habis diet... hihihi, semua nak makan... never ending list :)

Tuan Juhaida said...

Betul tu aby.memasak mmg perlukan bakat,kemahiran n kreativiti. Salute sgt dgn insan yg terer masak ni!

Tuan Juhaida said...

Tulah.sy pun mmg dah lama x jumpa kuih serabe tu hihi

Tuan Juhaida said...

Betul sgt nur hihhi

Rozita Ismail said...

org KL skrg pun dah suka mkn nasi kerabu kita tp depa panggil nasi ulam..hihi

Tuan Juhaida said...

Kat kl pun panggil nasi kerabu juga.nasi ulam lain plak..nasi ulam pun ada kat kelate hihi

Knor said...

Kuih serabaii, itik seranti..wah menu yg tk pernah dgr..

kelantan mmg semanis orangnya..

Tuan Juhaida said...

Jom knor. ..melawat kelantan gitu hihi

hainom OKje said...

TJ naik pangkat ke? Tahniah yeh..
Mmg best kalau dapat gi kelantan....dapat rasa macam macam kuih......sedapnya TJ....
tak pernahlah makan kuih serabe tu...sedap ke?

Tuan Juhaida said...

Abg ipar yg naik pangkat.so dia yg banjer hihi.sy tukang mkn jer

Masya said...

kuih serabai tu mengiurkan sbb x pernah rasa lg...

Wirda Amir said...

ermmmm. . terliur dibuatnya

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.