Alhamdulillah

Monday, 9 December 2013

Selongkar harta karun!

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Laju betul idea untuk menulis datang (ini entry kedua utk hari ini)..mentang2lah sedang bercuti sekarang ni hehe. Bestkan kalau dapat jadi blogger sepenuh masa (ceh statement paling berangan!). Dulu-dulu masa kecil memang ada cita2 nak jadi penulis maklumlah seiring dengan hobi utama dulu, kini dan selamanya..suka membaca!

Balik kampung je mesti ada ruang untuk belek2 barang2 lama milikku haha.Tadi dok tengok apa yang ada dalam almari yang menyimpan 1001 khazanahku dulu, terus terjumpa harta karun hehe. Kad matrik semasa menjadi pelajar MRSM Kuala Terengganu (MRSMKT) dulu hehe.Adoi tak menahan tengok gambar passportku! Tahun 1995/96~ tingkatan 4 dan 5.

Banyak kenangan manis, pahit, tawar, masin dan masam di MRSMKT. Pengalaman yang berharga dan mematangkan fikiran. Tempat jatuh lagi dikenang ini pula tempat menuntut ilmukan..
^
^
^
^
^

Homeroom J1, Kelas Al - Jabbar (satu kelas 25 murid)



P/s: Di MRSMKT ini juga saya telah dipertemukan dengan seorang lelaki (seniorku) yang kini telah 10 tahun sah menjadi suamiku. Tapi jangan salah sangka..kami tak bercintan cintun pun masa zaman persekolahan dulu..tapi jodoh menemukan kami kembali , masa tu aku di tahun akhir pengajian di universiti dan si dia telah pun graduate dan bekerja. (tapi sidia memang mengakui dia peminatku sejak zaman persekolahan lagi haha)


Hehe sehingga ketemu lagi. 
Sekian, Wassalam!

10 comments:

Rozita Ismail said...

alahai...muda belia lg!xpe la skrg dah dewasa dgn pengalaman hidup..tp cam maintain jer!hehe..

Wirda Amir said...

Wahhhh...zaman gadis pingitan....sweet je

Tuan Juhaida said...

Hehe gambar tu umur 16 tahun!now dah 34 tahun!

Knor said...

Kenangan bercinta monyet ada tk?..hehe

Tuan Juhaida said...

Hihi

Tuan Juhaida said...

Haha!

QA's ~ mamapapa said...

Owhhhh. ..ex mrsm kt la ni :)

Tuan Juhaida said...

Yupp hihi

Mummydearie said...

Wah, kenangan indah ni. Saya pun masih simpan lagi buku report sekolah Tahun 6. Suka sangat tengok 2 angka 0 kat setiap subjek tu :)

Tuan Juhaida said...

Haha!