Alhamdulillah

Tuesday, 3 December 2013

Isteri jadi tarzan!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Musim cuti sekolah! Cuti bermula untuk anak2. Cuti juga bermula untuk diriku yang bergelar guru (walaupun bercuti masih ada kerja2 sekolah yang perlu dibuat) hehe. Hurray! Yelah siapa tak nak cuti kan, bila dah setahun berpenat lelah bekerja. But, the truth is seorang wanita tak pernah ada istilah bercutikan haha.

Gambar ihsan google...Jangan mare!!!

Ini pengalaman diriku dalam menangani 3 orang anak lelaki yang sedang membesar (9,8 & 4 tahun) dan sangat aktif. Wah...semakin besar, semakin banyak cabarannya ya. Aku memang tidak pernah mempunyai pembantu rumah. So semua kerja2 rumah memang buat sendiri. Cuti sekolah ni nampak gayanya memang bil elektrik akan melambung haha (standby ye papa). Mana taknya...24 jam aircond dan tv on. Betul juga kata2 seorang teman blogger..kicap pun cepat habis time cuti sekolah hehe. Bukan kicap sahaja sebenarnya..semuanya! Anak2 tengah membesar dan makan pun berselera. Bab depa nak makan tak kisah...bab nak clear lepas makan tu yang jenuh mak ni hehe. Makan kalau tak tumpah, tak sah. Itu belum masuk bab pakaian kotor dan barang mainan mereka yang bersepah2 di setiap ruang. Belum campur lagi bab main kejar2 , main bola , main camping2 dalam rumah dengan memunggah habis bantal, selimut, kerusi dll. Aishh..kalau ada tetamu datang mengejut..mmg maknya dulu yang terkejut dan jatuh pengsan! Hahaha. So, sesapa yang nak datang rumah i tu call dulu kalau boleh 2 jam sebelum datang.

its so true rite??

So, ada banyak aktiviti yang boleh dibuat dirumah bersama anak2 untuk mengisi masa terluang mereka. Control supaya mereka tidak hanya main game di PSP dan gajet2 elektronik atau hanya menonton kartun di tv. Teman mereka melakukan aktiviti luar seperti bermain bola, berenang dan berbasikal. Buat eksperimen mudah di rumah bersama anak2. Ajar mereka melakukan kerja rumah yang mudah2. Beri galakan untuk mereka buat sesuatu yang digemari seperti melukis, mewarna, origami, puzzle dll (setiap anak berbeza minat dan kemahiran. Setiap anak adalah unik dan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing2). Galakkan mereka membaca Al Quran dan buku. Bawa mereka jalan2 , balik kampung ziarah saudara mara atau melancong.


betul ke ni??

So, para suami di luar sana jangan complaint bila balik kerja tengok rumah bersepah dan keadaan isteri yang tak terurus. Mungkin sudah 30x isterinya mengemas rumah untuk hari itu tetapi kebetulan bila suami balik rumah, anak baru sepahkan lagi bakul mainannya kan?!!
Isteri pun mungkin sudah bersedia lawa2 untuk sambut kepulangan suami tercinta tapi dek kerana suami pulang lewat atau masa tak menentu dan ditambah pelbagai tugasan isteri di rumah...isteri nampak comot semula. So, jangan cepat melatah untuk mencari wanita lain wahai suami coz wanita teman barumu tidak semestinya sanggup mengambil alih tugas isterimu..(wah berbelit2 bahasaku, faham tak kawan2?hehe)



Nampaknya jadi tarzan la i di rumah sepanjang cuti sekolah ni...oooooooooooooooo..ooo...oooooooooo!

^
^
^
^
^
^


But walaupun i mengomel panjang disini...anak-anakku adalah anugerah terindah dalam hidupku, Mama sangat menyayangi putera bertiga (Haikal, Danial n Danish) dan hidup mama tentu tidak akan bermakna tanpa putera2 bertiga. Setiap saat bersamamu adalah saat terindah dan membahagiakan. Mama ingin sentiasa disampingmu!
Mama sayang famili kita!


Sekian, wassalam!















12 comments:

nurbijen said...

Macam tu la kita sbg mak kan? Mmg anak2 penyeri kehidupan... Membebel manja2 jer... Utk kebaikan mereka jugak :)

Tuan Juhaida said...

Betul tu nur...kita marah anak sebab sayang.marah nak mdidik..marah btempat hihi.semoga ansk2 faham.tp biasanya lepas marah sy akan explain blk why

Rozita Ismail said...

tu la,bila ank2 dah dewasa byk lak dugaan lain dtg..sabor je!!

aTieYusof Family said...

Sy ni anak kecik lagi kak, tapi bila dah marah tu pandai juga cool down sndiri..pastu sy tak segan nak minta maaf kat anak juga...hehe..

Tuan Juhaida said...

Mmg pun atie.akak pun sama hihi

Tuan Juhaida said...

Hihi

Ummu Madihah said...

Salam Ju,

Entri ni cukup rapat di hati kita sebagai ibu, terutama yang bekerja (walaupun Mak Aji dah pencen). Memang begitulah keadaannya, - suka, duka, pahit , manis, letih, lesu demi keluarga. Ada kawan Mak Aji yang cukup soft-spoken kat ofis tapi ada sekali dia buat open house (ada 2 anak lelaki tengah lasak). Buat pertama kali Mak Aji nampak dia jegil mata dan suara sedikit kuat menegur anak yang sengaja melasak depan tamu (celup jari dalam punch bowl lagi, he he!).

Mummydearie said...

Mana ada istilah berehat untuk seorang ibu. Anak-anak saya cuma dua orang sahaja tetapi kalau dua-dua di rumah, memang tunggang-langgang segalanya. Kemaslah 1000x pun tetap pemandangan yang sama juga. Setakat suara Tarzan menjerit tu, dah naik immune telinga mereka!

Hafiza AizZawa said...

seronoknya bila anak2 dah besar.. tak kesahla jd tarzan pun.. tanggungjwb sebagai ibu bila dipenuhi mmg puas rasanya.. selamat melayan anak2 yer akak.. >_<

Tuan Juhaida said...

Betul tu Mak Aji...hihi

Tuan Juhaida said...

Hihi ingat sy je yg mengalami nasib ni..mcm tulah anak2 tghnak mbesarkan...kita sebagai ibu bukan marah sebab benci...tp marah tanda syg dgn niat nak mdidik bila anaj2 buat salah

Tuan Juhaida said...

Tq hafiza.tq juga coz sudi singgah sini