Alhamdulillah

Wednesday 18 December 2013

Panda bears @ Zoo Negara?

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Seperti yang dijanjikan dalam 'entry' malam semalam...hari ini nak kongsi sedikit pengalaman kami di Zoo Negara.

Seawal jam 10.30pg kami sudah sampai ke Zoo Negara (almaklumlah rumah dekat sahaja dengan Zoo Negara). Kali terakhir kami ke Zoo Negara ni ialah pada cuti sekolah tahun lepas (disember 2012).

Lokasi Zoo Negara ialah :


Zoo Negara, 

Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan


Senarai harga tiket (with Mykad) :

Dewasa =RM30
Kanak2 (3 -12 tahun)= RM10
Warga tua (65 thn ke atas)= RM15
OKU= free admission
caj tambahan RM15 dikenakan untuk yang membawa Video Camera
^
^
^
^

So semalam kami pergi berempat, total tiket ialah RM60 
(1 dewasa, 3 kanak2).

Masuk saja ke dalam Zoo, anda boleh dapatkan buku peta dengan harga RM2 (Wah, memang semua item ada' charge' dia hehe no more free stuff).

inilah rupa Zoo Map
inilah rupa Zoo Map
Kami terus menuju ke Show Amphitheater untuk melihat 'animal show' yang akan bermula pukul 11pg. Ada 2 kali 'animal show' setiap hari iaitu pada pukul 11pg dan 3 ptg.


Show selama lebih kurang 1 jam

Anjing laut
Binturong
Parrot
Komen secara ringkas tentang animal show...menarik tapi perlu ada sedikit pembaharuan (memandangkan kami ni antara yang sentiasa datang ke Zoo Negara). Rasa agak bosan bila corak dan rutin persembahan adalah sama sahaja dan menggunakan haiwan yang sama sahaja iaitu anjing laut yang bijak, binturong, parrot, bangau (memang x dinafikan susah untuk melatih dan menjinakkan haiwan). Cadangan saya supaya pihak Zoo Negara dapat menambahkan lagi keseronokan di Zoo Negara memandangkan harga tiket utk tahun ini (2013) juga sudah naik berbanding tahun lepas (2012).(nowadays...sumer benda naik harga...kenyataan yang amat pahit untuk ditelan).

naik tram pusing Zoo Negara
Untuk naik tram ni dikenakan 'charge' RM3 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak2

Anak2 saya suka sangat dapat lihat gajah, zirafah,badak air, harimau, singa, white bengal tiger, monyet, ular, penguin dan lain2. Tapi nampak kandang monyet sudah tidak berapa meriah seperti dulu...banyak yang kosong. Ada seekor dua sahaja monyet.

White Bengal Tiger yang terdapat di Zoo Negara 
gambar ihsan google
Children's world section pula under construction. Tidak kelihatan lagi arnab dan hamster seperti dulu. Namun ada tarikan baru disini iaitu The Cave yang menempatkan artifak seperti rangka dan tengkorak serta telur haiwan liar.




********
The Cave

tengkorak monyet
tengkorak tapir/cipan



fetus camel (janin unta)
********
Dah penat dan berpeluh jalan2, kami singgah di kedai ni untuk membasahkan tekak dan mengalas perut. ( Ada beberapa pilihan tempat makan di dalam Zoo Negara ni).



Apa yang kami makan :

Secucuk fish balls (4 biji) =RM5
Milo ais ( 1 cup) = RM5
Beef burger =RM 5 @ RM6 (lupa)
Wafer strawberry = RM lupa (double charge berbanding harga di luar Zoo)
Air mineral=RM3@RM4 (sebotol kecil) 

Harga makanan agak mahalkan??. Tapi dah berjalan dengan anak2 mesti mereka akan keletihan dan kelaparan. Mestilah akan terasa nak makan walaupun dan makan sebelum masuk ke Zoo kan. Hmmm...memang dunia sekarang serba serbi duit. Duit duit, dimanakau duit?? hehe

Selepas mengisi perut, kami sambung lagi jalan2 dan selepas tu mengambil keputusan untuk pulang.

Antara kedai cenderahati yang terdapat di dalam Zoo Negara

Bergaya dengan spek hitam 'mata besar' RM16 hehe. Beli kat dalam Zoo coz panas sangat dan spek mata hitamku tertinggal dalam kereta. Emm..jadilah sebagai pelindung mata!
Tasik yang terdapat dalam Zoo 'under construction' so air tasik berwarna merah kerana bercampur lumpur dari kerak bumi akibat aktiviti menggali tasik untuk memasang paip air pancuran.

Panda bears??? Hmmm mana ada lagi. Paling awal akan sampai ke Zoo Negara ialah pada bulan Februari 2014!

Agak-agak berapa la gamaknya harga tiket utk tahun depan (2014) bila Panda Bears tu dah ada kat Zoo Negara haha. Meh kita pakat2 teka dan fikirkan.

Saya menaruh harapan yang tinggi untuk melihat Zoo Negara lebih menarik pada masa akan datang.

p/s: Sebelum pulang jangan lupa bayar tiket parking kat mesin ye. 3 jam pertama RM5. (Parking kat Wangsa Walk  lagi murah RM1 saja untuk 3 jam pertama. Parking Jusco pula rm1 untuk 2 jam pertama.Kalau ada kad ahli Jusco boleh free je parking utk 2 jam pertamakan.AEON Big lagi best..free parking gitu!)

Kami kena RM5.50 untuk tempoh 3++ hours kat Zoo Negara semalam.

Sekian, wassalam!

19 comments:

Masya said...

boleh tahan jugak yer harga tiket tu... lama dah x pg zoo huhuhu ...

Umm AA said...

Aduihhh kemain mahal lagi zoo nie..dl tram tuh free jer...semuanya nak mencekik darah jer

Unknown said...

salam kenal..n follow sini..
masa kecik2 dulu sekali je pi zoo..dah separuh abad ni..tak jejak lagi..tiket dulu jauh bezanya dengan tiket ye cikgu..mahal gamoknya hehe..:)

Kniedaz said...

Awal tahun ni saya dan Mr Hubby bawa anak-anak ke Zoo Negara, memang mahal harga makanan di dalam tu...tapi tu la..bila bawa anak-anak mereka mesti la tertarik nak membeli, sekurang-kurangnya air mesti beli...lepas ni lambat lagi la nak pi Zoo hehe

Unknown said...

parah..parah!mahal tu..!!harap ada perubahan setanding kenaikkan harga tiket tu..

Sweetamieda. Blo said...

Ha ah.mencanak2 naik setiap tahun

Sweetamieda. Blo said...

Itulah pasal

Sweetamieda. Blo said...

Mmg mahal.kesian anak2.tak bawak gi zoo...kat mana lg depa nak tgk haiwan secara live kat hutan batu cam kl nikan.takkan nak tgk gajah pun kat tv jekan.takut nanti x dapat beza dah gajah n badak huhu

Sweetamieda. Blo said...

Mesti ada yg akan terbelikan hihi.tu belum charge kalau amik snap shot ngan animal

Sweetamieda. Blo said...

Agaknya dah ada panda nanti brapa gamaknya tiket nak masuk zoo tu hihi

Maria Firdz said...

rumahbsy pun dekat aje dgn zoo ni..tpi x pnh smp pun lagi... :-)

nurbijen said...

Mak aii... mahalnya... masa saya pergi tahun 2010 tu dah rasa mahal... ni lagi bertambah mahal... kesian dgn orang M'sia....
Dah la harga makanan kat dalam pun double... berbeza sgt dgn UK ni (opps sorry ter'compare'). Kalau kat sini, harga makanan kat mana2 pun sama jer... even harga kat atas kapal... kat dalam legoland, kat theme park lain.. mmg tak risau kalau anak2 lapar sbb mmg boleh beli :)

Sweetamieda. Blo said...

Itulah 'special'nya malaysia huhu

Sweetamieda. Blo said...

Hihi

Unknown said...

hiii...lawa spek tu walau murah cukup sesuai dgn ida..

Sweetamieda. Blo said...

Hihi tq.ida pun suka

Anonymous said...

wahh. . bestnya. . sy br sekali ke sini dn sekali ke zoo taiping. . .hehe

Sweetamieda. Blo said...

Zoo taiping mmg best!

OKje said...

Lama dah tak gi zoo TJ sejak anak dah besar besar ni