Alhamdulillah

Thursday 26 December 2013

Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pagi semalam, kami bawa anak2 ke Hari Terbuka  Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) yang terletak di Sg Ramal Baru, Kajang.


tetamu ke 76 hehe


Dah lama dengar dan ikuti cerita tentang kegigihan dan sistem pendidikan di RPWP ni melalui facebook dan semalam rasa sangat berbesar hati dan terharu dapat melawat dan melihat sendiri keadaan mereka. Kedatangan kami juga disambut dengan sangat mesra oleh RPWP. Lebih 1000 orang pengunjung datang memeriahkan Hari Terbuka  Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) ini. Alhamdulillah, cuaca pun baik. Kami dibawa melawat Rumah Prihatin.

Bangunan 3 tingkat yang masih dalam pembinaan menempatkan lebih kurang 100++ penghuni. Bangunan ini dibina sendiri oleh Warga Prihatin

Ini pula pandangan dari belakang  RPWP
tangga naik ke tingkat 3 (menempatkan dorm lelaki)


dorm lelaki

ruang2 kecil sebagai bilik tidur individu

almari pakaian

antara contoh bilik tidur yang terdapat di dorm lelaki ini
Surau di tingkat dua

Anjung



Jamuan yang disediakan untuk pengunjung yang hadir ke rumah terbuka


Antara service yang dilakukan untuk dana RPWP

Ini adalah senarai sevices yang ditawarkan oleh RPWP untuk mengumpul dana

Untuk tahu lebih lanjut tentang RPWP ini boleh like facebook mereka dan ikuti perkembangan mereka dari semasa ke semasa. Buat masa sekarang ni terdapat 20 orang sukarelawan tetap yang menyumbang masa, tenaga dan wang ringgit untuk sama2 membangunkan RPWP ini.

wajah anak2 RPWP bersama tetamu dari Brunei ~ gambar diambil dari facebook Warga Prihatin

Pengalaman disini memang mengujakan (walaupun hanya sekejap). Saya merasa lebih bersyukur dengan apa yang kita miliki. Semoga anak2ku juga akan menjadi anak2 yang berjiwa kental, kuat semangat, ada semangat kekeluargaan dan setiakawan yg utuh seperti Warga Prihatin, ada jati diri dan penyayang. Sebab anak2 kita yang tidak biasa hidup susah dan sentiasa senang dapat apa yang dikehendaki takut nanti akan membesar menjadi manusia yang sombong dan penting diri . Nauzubillah!

Cuti sekolah akan datang ,  in sha allah, anak2ku akan dihantar ke sini untuk mengikuti program yang dianjurkan oleh RPWP.

Sekian, wasslam!

13 comments:

Kniedaz said...

Alhamdulillah..kadang2 bagus bawa anak-anak ziarah mereka yang kurang bernasib baik supaya mereka belajar bersyukur dengan apa yang mereka ada.

Unknown said...

syukur..ida dpt kesana dan lihat sendiri kehidupan mrk..

Sweetamieda. Blo said...

Ye betul tu.moga ada keinsafan n rasa bersyukur dlm diri kita.biar kita memandang ke bwh...jgn asyik mdongak ke langit

Sweetamieda. Blo said...

Syukur alhamdulillah.akak pun bole pergi.dekat je ngan umah akak

AtieYusof said...

Bagus juga aktiviti begini kak.. meng insafkan diri.. serba sederhana kehidupan mrk...

Sweetamieda. Blo said...

Betul tu atie.kita ni selalu memandang yg di atas saja sampai lupa nak pandang irg kat bawah yg memerlukan bantuan

Puan Kutu said...

aktiviti yg bermanfaat,syukur dengan apa yg kita ada..:)

nurbijen said...

selalu juga baca kisah warga prihatin ni di FB...
Untung Ida dapat berpeluang ke sana.... owh, mereka ada anjurkan program masa cuti sekolah yer?

Mummydearie said...

Bagusnya ada peluang untuk bawa anak-anak ke sana. Sekurang-kurangnya mereka akan belajar menghargai kehidupan yang ada. Anak-anak sekarang memang mudah mendapatkan apa sahaja yang dihajati. Bila tengok budak2 di rumah ni, terasa sayu pulak hati.

aby said...

salam TJ ..
aby kerap juga makan difoodcourt Sungei Ramal.. tp tk tau kewujudan Rumah Pengasih tu ..
apapun satu usaha yg baik membawa anak2 ketempat2 mcm tu ..
dapat menyedarkan mereka erti sebuah kehidupan ..

OKje said...

Ohhh walaupun okje duk Kajang tp tak tau pun pasal ni TJ.... bagusnya awak....mmg sangat sangat perihatin....moga anak anak kita akan selalu melihat org yg dibawahkan TJ....

QA's ~ mamapapa said...

alhamdulillah..sikap prihatin yg sgt baik :)

eima said...

Tak salah kita berbakti tetapi kena selidik jg sama ada pendidikan yg diterspkan di situ mengikut ajaran yg benar.