Alhamdulillah

Thursday, 4 July 2013

Jom kita buat photobook!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Menyepi sekejap 2-3 hari bukan kerana malas  menulis atau ketandusan bahan / idea  untuk dikongsi (sebenarnya banyak sangat cerita dan bahan yang nak dikongsi), tetapi masa tidak mengizinkan huhu. Tak sempat juga untuk BW blog teman2. Maaf dipinta ya .

Hari ni, nak tunaikan permintaan teman yang ingin tahu bagaimana untuk buat photobook sendiri. Senang sangat tau. Kalau dah cuba sekali, terus boleh jadi expert hehe.

First step: boleh klik link di bawah :


Ini websitenya.


Anda boleh pilih jenis photobook yang ingin dibuat sama ada nak buat  'hard cover' or 'soft cover'. Setakat ini saya memang pilih yang 'hardcover'. Anda juga boleh pilih saiz untuk photobook anda dan boleh tengok senarai harga untuk setiap jenis dan saiz photobook yang dipilih. Website ini juga selalu buat promotion yang menarik...so rajin2 check tau hehe.

Saya suka buat photobook jenis imagewrap hardcover or debossed hardcover. Anda juga boleh pilih jenis kertas untuk photobook anda .

Kita boleh pilih sama ada untuk menggunakan readybook template atau nak design your own photobook! Kalau nak cepat, boleh pilih seleksi readybooks yang disediakan dan download. So... nanti anda hanya perlu susun gambar sahaja. Mudah dan cepat!

Anda juga boleh check dan beli voucher photobook di website di bawah:




So, bila anda dah decide jenis dan saiz photobook yang diingini, boleh download Photobook Designer dan boleh mulakan projek photobook anda (boleh buat secara offline). Bila dah siap, anda boleh upload semula projek anda dan buat pembayaran secara online. Photobook anda akan sampai ke pintu rumah dalam masa 4- 6 hari selepas pembayaran dilaksanakan (termasuk hari cuti).




Harap dapat memberi manfaat kepada semua. 
Sekian, Wassalam!

7 comments:

aby said...

salam TJ ..
Tq atas berkongsi ilmu ..
akan cuba ngikut turutannya

Rozita Ismail said...

tenkiu ats perkongsian ilmu ni...

Tuan Juhaida said...

Good luck ye aby.moga entry ni dpt mbantu

Tuan Juhaida said...

Toche toche

nurbijen said...

baca entry ni cepat2 saya check gropun yg beli awal tahun hari tu... nasib baik belum expired, hehehe.. kena buat cepat2 ni

Tuan Juhaida said...

Hehe nasib baik teringat

hainom OKje said...

Belum lagi terjah website tu.... Best jugak ni.... Mcm teringin je