Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dah lama menyimpan hasrat untuk membawa kisah ini di blogku. Kisah hidup ikan Salmon yang sangat unik dan luar biasa.
gambar ihsan google |
" Ikan salmon merupakan ikan yang lahir di sungai
tetapi membesar dan hidup di laut. Ketika dewasa, mereka akan berenang semula ke
hilir sungai untuk bertelur dan kemudian mati. Ikan Salmon harus
berjuang berenang dari laut ke hilir sungai melawan arus sungai sejauh
ribuan kilometer. Selama menempuh perjalanan tersebut, ikan salmon
kehilangan sepertiga daripada berat tubuhnya kerana begitu berisikonya
perjalanan yang harus ditempuh.
Selain untuk proses pembiakan, ikan Salmon
juga berjasa membawa kekayaan mineral lautan ke daratan sebab tubuh
mereka mengandungi kandungan mineral yang tinggi. Ikan salmon juga
menjadi sumber makanan bagi banyak makhluk hidup di darat sehingga
terjadi keseimbangan alam. Dari kisah ikan salmon yang luar biasa ini
ada banyak hal yang boleh kita pelajari. Salah satunya, perjuangan yang
dilakukan oleh ikan Salmon untuk berenang ke hilir sungai walaupun
setelah bertelur mereka akan mati.
Selesai bertelur, ikan salmon jantan dan betina menutup
kembali sarang tersebut dengan kerikil. Kedua-dua ikan salmon akan tinggal beberapa hari
disekitar sarang tersebut hingga akhirnya mati kehabisan tenaga. Sebahagian bangkai ikan
terurai dengan bantuan bakteria hingga menjadi baja kompos. Baja kompos tersebut akan dimakan oleh plankton dan serangga kecil di dasar sungai. Pada akhirnya, plankton dan serangga kecil ini akan menjadi makanan utama bagi ikan salmon yang baru menetas satu bulan kemudian.
Ikan salmon mengajarkan bahawa hidup
ini adalah perjuangan; perjuangan untuk mencapai tujuan yang
ditetapkan sang Pencipta. Selain kegigihannya dalam berjuang, ikan
Salmon juga mengajarkan kehidupan yang penuh pengorbanan. Bayangkan
bila ikan Salmon menjadi ego dan tidak mahu berjuang berenang ke
hilir sungai. Tentunya, keseimbangan alam akan terganggu. Pengorbanan yang ditunjukkan oleh ikan salmon ini sangat berbeza dengan kebanyakan manusia yang lebih
mementingkan diri sendiri daripada kepentingan orang lain.
Kita harus hidup di dunia ini bukan untuk mencapai cita-cita dan kepentingan diri
sendiri sahaja . Kehidupan ini akan menjadi lebih bermakna bila hidup kita memberi
manfaat (menjadi berkat) bagi orang lain."
gambar ihsan google |
http://inspirasijiwa.com/perjalanan-ikan-salmon/
Sekian, wassalam!
14 comments:
salam ramadan
tak berapa suka makan ikan salmon
ikn tu mahal weih..!manusia mmg byk bljr dr haiwan spt semut,burung n byk lg..
salam ramadhan # 15
sedap ikan ni,selalu gak bli..x beli sekor pun,just bli 2/3 slice
salam kak..
Oh baru tau plak ttg kisah ikan salmon ni kak..:)
Tq sharing..
Tak sangka begitu tingginya semangat juang ikan Salmon ni rupanya TJ... Lama tak pekena Ikan salmon grill...
Kire hidup Salmon,
Hidup bagaikan satu perlumbaan juga la yer.
Kadang2 beli makanan kucing yg ada cmpuran salmon juga
salmon ni byk sgt khasiatnya setinggi semangatnya kan
Salam ramadhan.tq singgah sini hihi
Mmg Allah anugerahkan kita akal supaya berfikir tentang setiap kejadian yg berlaku disekeliling kita.betapa hebatnya kekuasaan allah n betapa luasnya ilmu Allah
Warna daging ikan nipun ceriakan hihi
You are welcome
Ha ah.mmg salmon ni makhluk yg berjasa
Betul tu aby.
Hihi makanan kucing now mmg hebat2kan n mcm2 perisa n zat tambahan
Betul tu
Post a Comment