Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sekejap je masa berlalu, dah Ramadhan ke-3 kan. Semoga kita semua diberi peluang melalui Ramadhan ini dengan penuh bermakna daripada tahun2 sebelumnya. Insha Allah!
Pagi tadi (Jumaat) diadakan ceramah ringkas ( Ihya' Ramadhan) di sekolahku. Memang menarik ceramah yang disampaikan oleh ustaz jemputan tersebut. Pengisiannya ringkas, padat , santai dan mencuit hati. ..! Sesuai dengan 'audiens' nya iaitu remaja belasan tahun. Cikgu-cikgu pun tak kering gusi mendengar ceramah yang disampaikan.
Ceramah tadi mengajak supaya kita berbuat kebaikan dan ibadah BERMULA di bulan Ramadhan ini hinggalah ke bulan2 seterusnya. Bermula Ramadhan ini jom kita TINGGALKAN segala perbuatan maksiat dan perbuatan2 yang dilarang oleh Allah contohnya seperti mengumpat, bergaduh, merokok, panas baran, berzina, iri hati dll.
semua tekun dan tak berganjak |
Kat sini nak tampal sedikit nota:
Antara perkara-perkara makruh dilakukan semasa sedang berpuasa:
a) berkumur-kumur dengan keterlaluan
b) merasa makanan dengan lidah
c) bercakap perkara-perkara buruk dan keji
d) memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
e) gosok gigi dan mandi setelah gelincir matahari
f) mencium isteri (sekiranya dikhuatiri menimbulkan syahwat di siang hari)
g) menderma darah
Perkara-perkara sunat dilakukan semasa bulan puasa:
a) membanyakkan membaca al-Quran
b) mandi junub sebelum fajar
c) melewatkan sahur waktu imsak
d) berbuka dengan buah tamar dan benda manis
e) membanyakkan sedekah
f) solat terawih
g) segera berbuka bila masuk waktu
Habis cerita ceramah, next story about... kaum isteri dan ibu seperti biasa tentu juga sibuk memikirkan menu untuk berbuka puasa dan sahur untuk famili masing2kan. Walaupun sedang berpuasa, rutin harian tetap berjalan seperti biasa. So, bagiku memang pilih menu yang simple dan cepat untuk dimasak hehe. Almaklumlah, tiada pembantu dirumah hehe. So semua kerja mesti dilakukan sendiri ( i rela je hehe ). So, mommies kat luar sana minta share resepi yang simple2 untuk jadi rujukan saya yang tak berapa pandai masak ni tau.
So, first day puasa, buat ayam masak kicap (ni permintaan anak2), masak lemak putih kubis dan sambal ikan bilis untuk berbuka. Pastu sempat beli seekor ikan masak sambal hehe.
Second day puasa pula berbuka puasa dengan ketam masak lemak cili padi, ayam goreng (menu ayam wajib ada everyday untuk kids) dan ikan bakar.
Jangan tenung lama sangat gambar makanan ni ye hehe |
Jangan tenung lama sangat gambar makanan ni ye hehe |
Third day puasa pula berbuka dengan ayam goreng, ikan kerapu, dan lala masak pedas. Alhamdulillah!
Dibawah ini pula 'sample' kek lapis sarawak yang sedap. Memang saya tetiap tahun akan tempah kek lapis Sarawak ni dari beliau. Memang sedap !
Jangan tenung lama sangat gambar makanan ni ye hehe |
Di sini juga nak ucapkan jutaan terima kasih kepada teman2 yang contribute untuk menderma pakaian terpakai untuk Projek Baju Raya (Part 2 ) yang akan di sedekahkan kepada insan yang memerlukan.
Ok, itu sahaja coretan untuk kali ini. Kepada semua teman blogger yang masih belum e-mailkan alamat anda, sila berbuat demikian ya hehe. Emailkan kepada tjtma22@yahoo.com untuk projek kad raya (berapa banyak projek daaa) hehe.
Sekian, wassalam!
15 comments:
bagi aby plak ..
tiap2 hari singgah bazar ramadan ..anak2 dah minta belikan itu dan ini .. sbb bazar ramadan cuma beberapa langkan dari ofis jer .. cash n carry jer.
apapun bagus tips yg dibagi psl perbuatan makroh dan sunat semasa berpuasa tu
salam ju...
selamat berpuasa utk ju seisi keluarga...
terimaksih perkongsian utk menjalani ibdah puasa yg lebih baik
Tulah.sy x suka nak gi pasar ramadhan sebab ada anak kecik n susah nak parking hihi.biasa ygmenyinggah bazar ramadhan tu, husband sy la otw dia blk keja.tp setakat ni wife dia rajin lagi masak haha...tgk la pas2 ni dah x larat n abih menu,turn husband la plak hihi.aci tak?
Sama2 wirda
cewaaah..syabas ida!lebih rajin msk lg pasni..hihi
haha...klu tenung lama2 leh tembus monitor kak ju :p
Tq hehe.boleh la akak share idea.akak kan sifu bab masak memasak ni
Haha.selamat berpuasa mun!
cium isteri pun makruh ek? lepas ni kena salam aje la sebelum keluar rumah.... no more kissing2
Hehe boleh je cium pipi isteri dibulan puasa asal tidak menaikkan nafsu syahwat.rasulullah saw pun cium pipi isterinya semasa baginda sedang berpuasa
assalamualaikum
saya pun dtg sini.. juga..enak2
juadahnya..
salam kenal ye
Semua menu di atas sedap..
Hihihi
Tima kasih sudi singgah sini hihi
Alhamdulillah
Post a Comment