Alhamdulillah

Friday, 26 July 2013

Lasagna

Assalamualaikum dan salam sejahtera 
Semoga semuanya berada dalam keadaan sejahtera di hari jumaat yang mulia ini bersamaan dengan Hari Nuzul Quran.

Petang ni sempat buat lasagna. Sejak awal berpuasa lagi terasa nak makan,  hari ni baru berpeluang merealisasikannya hehe.

antara bahan-bahan untuk buat 'eksperimen' lasagna hehe

Bahan utama ialah :

Kepingan San Remo Instant lasagna


Bahan2 untuk buat inti daging ialah:

Minyak Zaitun @ any minyak masak (4 sudu besar)
Sos Tomato Kimball / Prego (1 botol)
Cendawan butang (dipotong dadu)
Daging cincang 400g (daging kisar Ramly pun boleh juga)
Serbuk Black Pepper
Serbuk Oregano
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
5 ulas bawang putih
Keju Mozzarella
Keju Parmesan
Sos cili (1 sudu besar)~optional
Garam secukup rasa

Bahan2 untuk buat sos putih :

Butter (2 sudu besar)
Keju cheddar / keju cheesedale
full cream milk (250ml)
tepung gandum (2 sudu besar)
garam secukup rasa


Cara membuat inti daging :

Tumis bwg2 yg di cincang td.. tunggu sampai naik bau.
Masukkan pula daging cincang. Gaulkan hingga daging berubah warna.
Kemudian tuang sos Kimbal/ Prego td.. tuang semua sekali 1 botol
Gaul sebati dan masukkan garam secukup rasa.
Taburkan pula serbuk oregano.
Masukkan cendawan butang.
Masukkan sesudu besar sos cili.
Tabur serbuk black pepper
Kacau bagi sekata...tadaaa...siap!

Cara membuat sos putih pula:

Cairkan butter
Masukkan 2 sudu besar tepung gandum.. gaul sebati.. pastikan guna api kecik je ye..
Masukkan susu full krim.
Masukkan keju cheddar/cheesedale.... kacau sampai keju tu sebati..
Masukkan garam secukup rasa.. kacau sampai likat sikit.
Tutup api...Siap!

Cara melapis lasagna:

Ambik loyang/bekas yg sesuai..  susun kepingan lasagna sampai menutup semua bahagian loyang..(kepingan lasagna tu dicelur dulu sekejap sebelum diletakkan dalam loyang).

Taburkan dgn inti daging td.

Tuangkan sos putih... tutup sampai hilang pandangan inti daging tu..

Taburkan cheese parmesan dan mozarella.

Ulang balik cara yg sama.. suka hati la nak buat berapa layer.. yg penting last sekali mesti sos putih dan cheese yg di tabur.. hehe. tp biasanya buat 3 layer aje..

ni rupa sebelum dimasukkan dalam oven. Terpulang pada anda nak tabur cheese sedikit or banyak.

Masukkan dalam oven.
Make sure oven dah di panaskan awal2 dgn suhu 180 celsius (selama 10 minit).. Bakar dengan suhu 180 celsius sampai keju tu agak2 perang atau masak semuanya.. dlm 50 minit juga . Guna api atas bwh ye..Sekian, selamat mencuba!

Ini hasilnya....yummy!



p/s : resepi lasagna ni dirujuk dari blog Cahaya Cinta Ku. Terima kasih!


Sekian, wassalam!





8 comments:

nurbijen said...

saya pun dah lama beli cheese utk buat lasagne... sampai skrang belum terbuat lagi.... tapi puas hati boleh buat sendiri, kan? boleh tabor byk2 cheese :)

Unknown said...

nt nak rase yg ida buat..maklum cikgu sains selalu wat eksperimn..msk pun bleh jd camtu gak!syabas..

Sweetamieda. Blo said...

Tulah hihi.nak buat ni kena amik mood dulu.hihi.tp sy letak x byk sgt pun tu cheese.takut muak

Sweetamieda. Blo said...

Hihi akak pun boleh buat ni

Anonymous said...

Salam ju

Bulan puas ni kita asyik fikir pasal menu je kan..?hehe

OKje said...

Pergh TJ...mmg nampak menggiurkanlah...hehe mcm nak cubalah...

Sweetamieda. Blo said...

Dgr okje nak buat pavlova.bestnya!teringin plak nak wat pavlova

Ummu Madihah said...

Salam Tuan Juhaida,

Mak Aji juga suka buat lasagna tetapi yang sudah diubah suai resepinya menjadi ala Malaysia - boh cili giling, serbuk kari serta daun kari. Kami suka versi ni yang sedikit pedas. Lain kali bolehlah Mak Aji cuba cersi ni pula ya!