Alhamdulillah

Sunday, 9 June 2013

Tulisan doktor vs cakar ayam

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Perkataan pertama yang muncul dari mulutku saat ini tentulah..SYUKUR! hehe kenapa? Sebab telah berjaya menyelesaikan tugasan menanda kertas exam murid2ku sebelum 'due date' yang ditetapkan. Alhamdulillah. Macam nilah dah namanya guru, walaupun cuti sekolah, masih berhempas pulas bekerja hehe. 

Tugas menanda kertas ni memang memerlukan kesabaran yang tinggi (itu yang saya rasalah) especially bila mengajar kelas menengah atas (tingkatan 4 dan 5) dan mengajar subjek yang banyak kertas. Contoh untuk subjek Kimia dan Biologi (sebab saya ajar kedua2 subjek ini), kedua-dua subjek ni setiap kali exam ada 3 kertas (Kertas 1, Kertas 2 dan Kertas 3). Hanya kertas 1 soalan objektif (yang mudah untuk ditanda), kertas 2 dan kertas 3 pula adalah kertas soalan subjektif dan essay. Huhu...memang tension bila nak menanda kertas especially bila menanda kertas pelajar yang tulisan doktor ni (almaklumlah ...bakal2 doktor semuanya hehe). Berpinar-pinar bijik mata teacher nih. Dahla mengajar 6 kelas. Satu kelas dah around 35 orang pelajar. KPI saya ialah 186 orang murid. Kira jangan tak kira hehe.

Kena pula nak baca skrip jawapan pelajar yang tulisan camni...huhu...
tolonglah baiki tulisan anda ya...kan rosak pula penglihatan teacher
tulisan ini pun walaupun besar tetapi macam susah nak baca...nampak padat dan serabut
yang ni pulak?
yang ni okay...cantik je handwriting dia...pelajar lelaki nih
yang nipun ok...walaupun tulisan kecil tapi mudah dan jelas dibaca
Apa-apapun, alhamdulillah dah selamat menanda 18 bundle nih. Syukran!
(ni sebahagian saja)

So, kepada semua students teacher, 

 

jangan lupa perbaiki dan cantikkan (kemas dan jelas) tulisan anda untuk mudah dibaca oleh guru dan pemeriksa kertas. TQ!

21 comments:

Wirda Amir said...

alhamdulillah....

tulisan yang pertama tu....adoiii..hehehe...

Rozita Ismail said...

hihi...bagus gak idea ni bila ida paparkan kepelbagaian jenis tulisan..!pesan guruku satu waktu dulu,kemaskan tulisan biar mudah dibc n dilihat pemeriksa paper..

Ananthan Nambiar said...

Terasa pulak saya ni...

nurbijen said...

bila baca entry ni, rasa bertuah pula jadi cikgu maths.... tak perlu nak baca skrip pelajar dan nak tanda pun senang :)
Apa apa pun, tahniah sbb dah siap tanda semua tu... boleh la letak banner kat blog lepas ni :)

Tuan Juhaida said...

Betul tu

Tuan Juhaida said...

Ramai lak tu yg tulisan camtu huhu

Tuan Juhaida said...

Haha ananthan....teacher miss u and your handwriting hihi

Tuan Juhaida said...

Insha allah nur hihi

NoEn said...

wah...tahniah cikgu sbb berjaya tanda kertas...rasanya dulu xde la sampai 3 kertas...kerk ke sy yg lupa

elly-daily said...

saya dengan ini mendeclare writing saya sama macam times new roman font 14. sekian.

Tuan Juhaida said...

Hahaha camni senang.bold tau jgn italic hihi

Tuan Juhaida said...

Betul...time sy dulu pun 2 kertas je tp ada praktikal amali time spm yg kena kuarantin2 tu.skrg spm dah xde ujian praktikal amali cam dulu...tu dia wujudkan kertas 3 utk paper bio,kimia n fizik.subjek sejarah pun dah 3 kertas now

hainom OKje said...

Dah namanya pun teacher... Sabar aje le hehe...
berapa hari settle semua tu TJ?

Tuan Juhaida said...

Lebih kurang smgu.maklumlah cuti sek, hero2 semua ada kat umah.jap nakmkn la nak tu nak ni..asyik byk commercial break je hehe.

PuanZaniff said...

waa..teringat zman sek dulu..nk buat tulisan senget lah, bulat2 lah, besar2 lah..kecik2 lah..
kesian kat cikgu yg nk menanda tu..bukak mata beso2 la kan..gud luck cikgu

Tuan Juhaida said...

Haha betul tu.kesian cikgu

Nor Salmi said...

Alhamdulillah, dah selesai ye. Akak masih dalam proses menyemak. Sakit kepala. huhu..

Tuan Juhaida said...

Tp markah xleh masuk lg secara online tu.saps masih diselenggara...good luck!!hihi

hainom OKje said...

Wahhhh...dah tukar kulit eh???

hafidzyoungscientist said...

salam perkenalan.
Saya adalah guru kepada FCUHOMESCHOOLING. Jasa guru-guru mendidik anak bangsa tidak mungkin dapat dibalas oleh anak murid. Semoga usaha para guru sentiasa diberkati Allah.

Tuan Juhaida said...

Salam kenal.betul tu.terima kasih sudi singgah hihi