Alhamdulillah

Saturday 13 July 2013

Cerita Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sekejap je masa berlalu, dah Ramadhan ke-3 kan. Semoga kita semua diberi peluang melalui Ramadhan ini dengan penuh bermakna daripada tahun2 sebelumnya. Insha Allah!

Pagi tadi (Jumaat) diadakan ceramah ringkas ( Ihya' Ramadhan) di sekolahku. Memang menarik ceramah yang disampaikan oleh ustaz jemputan tersebut. Pengisiannya ringkas, padat , santai dan mencuit hati. ..! Sesuai dengan 'audiens' nya iaitu remaja belasan tahun. Cikgu-cikgu pun tak kering gusi mendengar ceramah yang disampaikan.

Ceramah tadi mengajak supaya kita  berbuat kebaikan dan ibadah BERMULA di bulan Ramadhan ini hinggalah ke bulan2 seterusnya. Bermula Ramadhan ini jom kita TINGGALKAN segala perbuatan maksiat dan perbuatan2 yang dilarang oleh Allah contohnya seperti mengumpat, bergaduh, merokok, panas baran, berzina, iri hati dll.

semua tekun dan tak berganjak

Kat sini nak tampal sedikit nota:

Antara perkara-perkara makruh dilakukan semasa sedang berpuasa:

a)      berkumur-kumur dengan keterlaluan

b)      merasa makanan dengan lidah

c)      bercakap perkara-perkara buruk dan keji

d)      memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk

e)      gosok gigi dan mandi setelah gelincir matahari

f)       mencium isteri (sekiranya dikhuatiri menimbulkan syahwat di siang hari)

g)      menderma darah


Perkara-perkara sunat dilakukan semasa bulan puasa:

a)      membanyakkan membaca al-Quran
b)      mandi junub sebelum fajar
c)      melewatkan sahur waktu imsak
d)      berbuka dengan buah tamar dan benda manis
e)      membanyakkan sedekah
f)        solat terawih
g)      segera berbuka bila masuk waktu

Habis cerita ceramah, next story about... kaum isteri dan ibu seperti biasa tentu juga sibuk memikirkan menu untuk berbuka puasa dan sahur untuk famili masing2kan. Walaupun sedang berpuasa, rutin harian tetap berjalan seperti biasa. So, bagiku memang pilih menu yang simple dan cepat untuk dimasak hehe. Almaklumlah, tiada pembantu dirumah hehe. So semua kerja mesti dilakukan sendiri ( i rela je hehe  ). So, mommies kat luar sana minta share resepi yang simple2 untuk jadi rujukan saya yang tak berapa pandai masak ni tau.

So, first day puasa, buat ayam masak kicap (ni permintaan anak2), masak lemak putih kubis dan sambal ikan bilis untuk berbuka. Pastu sempat beli seekor ikan masak sambal hehe.

Second day puasa pula berbuka puasa dengan ketam masak lemak cili padi, ayam goreng (menu ayam wajib ada everyday untuk kids) dan ikan bakar.

Jangan tenung lama sangat gambar makanan ni ye hehe
Jangan tenung lama sangat gambar makanan ni ye hehe

 Third day puasa pula berbuka dengan ayam goreng, ikan kerapu, dan lala masak pedas. Alhamdulillah!


Dibawah ini pula 'sample' kek lapis sarawak yang sedap. Memang saya tetiap tahun akan tempah kek lapis Sarawak ni dari beliau. Memang sedap !

Jangan tenung lama sangat gambar makanan ni ye hehe

Di sini juga nak ucapkan jutaan terima kasih kepada teman2 yang contribute untuk menderma pakaian terpakai untuk Projek Baju Raya (Part 2 ) yang akan di sedekahkan kepada insan yang memerlukan.

Ok, itu sahaja coretan untuk kali ini. Kepada semua teman blogger yang masih belum e-mailkan alamat anda, sila berbuat demikian ya hehe. Emailkan kepada tjtma22@yahoo.com untuk projek kad raya  (berapa banyak projek daaa) hehe.

Sekian, wassalam!





15 comments:

aby said...

bagi aby plak ..
tiap2 hari singgah bazar ramadan ..anak2 dah minta belikan itu dan ini .. sbb bazar ramadan cuma beberapa langkan dari ofis jer .. cash n carry jer.
apapun bagus tips yg dibagi psl perbuatan makroh dan sunat semasa berpuasa tu

Anonymous said...

salam ju...

selamat berpuasa utk ju seisi keluarga...

terimaksih perkongsian utk menjalani ibdah puasa yg lebih baik

Sweetamieda. Blo said...

Tulah.sy x suka nak gi pasar ramadhan sebab ada anak kecik n susah nak parking hihi.biasa ygmenyinggah bazar ramadhan tu, husband sy la otw dia blk keja.tp setakat ni wife dia rajin lagi masak haha...tgk la pas2 ni dah x larat n abih menu,turn husband la plak hihi.aci tak?

Sweetamieda. Blo said...

Sama2 wirda

Unknown said...

cewaaah..syabas ida!lebih rajin msk lg pasni..hihi

Moonirah said...

haha...klu tenung lama2 leh tembus monitor kak ju :p

Sweetamieda. Blo said...

Tq hehe.boleh la akak share idea.akak kan sifu bab masak memasak ni

Sweetamieda. Blo said...

Haha.selamat berpuasa mun!

nurbijen said...

cium isteri pun makruh ek? lepas ni kena salam aje la sebelum keluar rumah.... no more kissing2

Sweetamieda. Blo said...

Hehe boleh je cium pipi isteri dibulan puasa asal tidak menaikkan nafsu syahwat.rasulullah saw pun cium pipi isterinya semasa baginda sedang berpuasa

Kayu Manis said...

assalamualaikum

saya pun dtg sini.. juga..enak2

juadahnya..

salam kenal ye

Umialya said...

Semua menu di atas sedap..

Sweetamieda. Blo said...

Hihihi

Sweetamieda. Blo said...

Tima kasih sudi singgah sini hihi

Sweetamieda. Blo said...

Alhamdulillah