Alhamdulillah

Thursday 25 July 2013

Fasa kedua Ramadhan, Laksa kuah laksam dan puding roti bakar

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Nampaknya kita sudah memasuki fasa ke-2 Ramadhan (10 hari kedua Ramadhan ) iaitu fasa maghfirah (keampunan).

gambar ihsan google

Kita digalakkan untuk perbanyakkan melakukan solat malam, berdoa dan berzikir kerana pada 10 hari kedua Ramadhan ini merupakan kesempatan yang diberikan oleh Allah SWT untuk mengurangi dosa-dosa yang telah kita buat. Dengan memohon keampunan dengan tulus dan bersungguh-sungguh serta bertaubat dari hati yang terdalam (taubat nasuha).
 In sha Allah pasti mendapatkan keampunan dari-Nya.


Hari ni sempat buat laksa kuah laksam untuk menu sampingan berbuka puasa hehe.Nasi dan lauk-pauk tu memang wajib ada hehe.

ni gambar ihsan google 
Resepinya diambil dari link blog di bawah. Memang Mudah dan sedap. Nak tempek resepi untuk laksa kuah laksam dan puding roti bakar disini untuk rujukan diri sendiri pada masa akan datang hehe.


Bahan untuk Kuah lemak 

1 kg ikan - rebus ambik isi dan kisar (saya guna ikan kembung)
1/2 kg santan pekat 
1 gelas air utk tambahan (utk sesuaikan pekat/cair)


Dikisar

10 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
1 inci halia 
2 btg serai - ketuk 
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 keping asam keping 
Garam 
Gula secukup rasa.


Satukan semua bahan di atas dan masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat. Jika terlebih pekat, masukkan sedikit air panas.


Ulam 

Kacang panjang 
Daun kesum 
Timun batang 
Bawang besar
Bunga kantan
Kubis


Sambal

Cili padi
Cuka
Garam
Gula


Kisar kesemua bahan di atas


Puding roti bakar

Saya tabur chocolate rice warna-warni untuk tarik perhatian anak2 supaya makan hehe



Bahan-bahan:

5-6 keping roti
* 500 ml susu segar @ 2 cawan
* 4 sudu besar gula halus
* 3 biji telur
* 1 sudu teh esen vanilla (saya tak letak pun hehe)
* 1 sudu kecil serbuk cinnamon (saya tak letak pun hehe)
2 sudu besar butter - cairkan
3 sudu besar kismis

Untuk Sos Kastard:

1 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula


Cara-cara:

Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda *. Koyak2kan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.Biarkan terendam dan meresap seketika.
Masukkan separuh kismis dan juga butter cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan.
Bakar pada suhu 180 C selama 45 minit atau sehingga masak.

Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing2)
Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan puding roti ke dalam peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.

Anda juga boleh refer link dibawah:


Sekian, wassalam!

8 comments:

Puan Kutu said...

laksam tu sedapnya..lama dh tak makan.puding roti baru2 ni teragak gak nak buat tapi malas.hehe

Unknown said...

akak bab salin2 resepi rajiin ler tp pastu rsepi ntah kemana..hihi

nurbijen said...

kreatif pula letak warna warni mcm tu kat bread pudding... Nampak sgt menarik :)

Sweetamieda. Blo said...

Tulah.sy pun suka laksam hihi

Sweetamieda. Blo said...

Xpe.skrg ni senang je.resepi boleh google hihi.buku resepi pun byk.lgpun akak dah sifu bab masak memasakhihi

Sweetamieda. Blo said...

Hihi saja nak kasi nampak ceria

OKje said...

OKJe mmg suka makan laksam TH ...lagi best kalau pakai laksa yg kelantan tukan...
Lama tak buat puding roti

OKje said...

OKJe mmg suka makan laksam TH ...lagi best kalau pakai laksa yg kelantan tukan...
Lama tak buat puding roti