Alhamdulillah

Saturday 22 June 2013

Macam-macam ada!


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lega tak terhingga, akhirnya setel juga masuk markah PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN secara online (SAPS) malam ni kerana akhirnya SAPS dibuka malam ni setelah sekian lama diselenggara (hmmmm).

dah siap masuk markah untuk 6 kelas yang diajar
Minggu ni seperti minggu2 sebelumnya, memang 'busy' dengan pelbagai aktiviti di sekolah. 'Entry' pun terpaksa buat 'auto-published' je hehe. Antara aktiviti sepanjang minggu ini ialah  acara sebelum sukan, kelas tambahan SPM, Sukan Tahunan Sekolah, pelancaran minggu Koperasi Sekolah, Tuan Rumah pertandingan Catur , ceramah dan pameran kerjaya serta pertandingan kawad kaki.

Guru bertugas untuk acara sebelum sukan untuk acara saringan 200m dan acara akhir 1500m.
Berpanas! (Comey k.Azie senyum hehe)
peserta acara akhir 1500m
Ceramah kerjaya untuk pelajar tingkatan 5
Ceramah kerjaya untuk pelajar tingkatan 5
Pelancaran Hari Koperasi Sekolah~ simbolik menanam pokok
Sebelum terlupa , dah ada teman-teman di sekolah yang mula mengambil tempahan jualan biskut raya hehe. Menarik ni! Good luck! Ni yang rasa nak ber'bisnes' gak ni tapi tak tau la pulak nak jual apa haha.

 Tagline si penjual, "Jom beli...bulan puasa nanti kita sesama fokus pada ibadah je.
Tak yah susah2 fikir nak buat biskut raya hehe"
Saya pun tak lepaskan peluang meng'order' untuk raya hehe. Siap 'request' nak segera pun ada ni...biskut pra Ramadhan haha..untuk anak2 makan kat rumah  .

Half choc dan maruku ni dah selamat dirasmikan oleh putera2 dambaan jiwaku hehe.
Sedap!
Ni pula mixed fruits untuk my little Danish! Mama singgah beli sebelum pergi ambil Danish kat  tadika.
Danish memang suka makan semua jenis buah-buahan!
Esok pula ( Sabtu, 22 Jun 2013) merupakan Hari Sukan Sekolah. Selamat bertugas semua. Isnin depan (24 hb Jun 2013) kita cuti. Hurray!

Sampai sini sahaja untuk kali ini. Kita jumpa lagi!
Tata!

p/s: Dalam dok busy dengan pelbagai tugasan pun sempat juga minggu ni menyiapkan 2 projek photobook. Tak sabar nak lihat hasilnya nanti (hard copy).

8 comments:

nurbijen said...

best nyer boleh beli biskut raya.. saya takde pilihan, mmg kena buat sendiri :)

Sweetamieda. Blo said...

Buat sendiri lg best nur hihi

Unknown said...

xabis2 lg sukan sek..!tu dah start biskut tunjuk2....!!hihi

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

macam2 kuih ada tu...itu yg nampak dulu...tambah blom minum ptg lagi nih...apa khabar jue...?

Sweetamieda. Blo said...

Alhamdulillah sihat je hihi...tulah pepetang ni mula rasa nk mkn mcm2 hihi

OKje said...

teringin nak berbisnes tapi takut tak de sapa nak beli haha

Sweetamieda. Blo said...

Teringin juga nak berbisnes...best tgk org bisnes2 nih hiji