Alhamdulillah

Saturday, 20 April 2013

Papa outstation!

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Selamat berhujung minggu untuk semua hehe.

Hari ni anak2ku mood agak 'mendung' je kerana weekend ni papa kesayangan mereka tiada di rumah kerana 'outstation'. So, me and my three musketeers terkontang -kanting  (chewah, bahasa jiwa bangsa gitu!) jelah kat KL ni hehe. Mood mama pun turut 'mendung' hehe.

Namun, demi mengisi masa lapang anak2 dengan aktiviti yang berfaedah, me decide untuk bawa anak2 untuk sertai program hujung minggu yang dianjurkan oleh The Little Khalifah Shop. Sila rujuk iklan di bawah ya.

Aktivity storytelling and hand-made coaster for your favourite mug.
Fees: RM25 per individu

Sebelum  aktiviti bermula, my three musketeers baca buku dulu.

Sesi buat coaster (alas gelas). 

 Tekun melukis corak dan mewarnakan di atas 'plaster of Paris' yang di bentuk bulat

 Danish pun 'join' sama aktiviti ni walaupun tak cukup umur hehe (kalau ikut dia nak kids yang umur 5-13 tahun je). Danish baru 4 tahun.


Inilah hasil kerja amatur  'my 3 musketeers' hehe. Macam comot je. Sementara tunggu cat itu kering, mereka dijamu dengan kek coklat dan minuman.

Sementara menunggu sesi bercerita bermula, my kids sempat melompat2 atas trampoline. Boleh lihat video amatur dibawah ya. Hehe


Selesai sesi bercerita  (buku bertajuk My Grandfather), kami pun meninggalkan premis tersebut (anak-anak memang suka dengar cerita dan suka kalau mamanya ni bercerita kat rumah). Kat tingkat bawah ada sebuah restoran, so me decide untuk bawa kids terus lunch kat situ. Semua dah lapar dan kepala mama pun sakit. So kalau dah makan siap-siap, balik rumah bolehla rehat japkan.

Restoran Pegaga (Ground Floor) dan The Little Khalifah Shop (2nd floor).
Kat lajur yang sama ada kedai Cupcakes dan Tutti Frutti 

Restoran Pegaga ni offer masakan Traditional Malay & Asian Cuisine.

Suka photo ni hehe


Spaghetti Carbonara...emmm sedap

Chicken lasagna (ni anak2 yang order)

Syukur, alhamdulillah...lepas makan kami terus bertolak balik ke rumah. 
Itu sahaja catatan aktiviti kami di hari sabtu ni.Terima kasih sudi baca hingga ke akhirnya.
Wassalam, tata!






10 comments:

Unknown said...

Alhamdulillah,bijak mamanya penuhi masa terluang ank2...at least bebudak tu hepi walau papanya enggak ada..!hihi

nurbijen said...

Dapat lah hilang kan rindu kat papa bila bawa mereka jalan-jalan...

elly-daily said...

bagusnya... kalau saya duk rumah je kot...

Umialya said...

bagusnya masa penuh ngan aktiviti

Mia Kassim said...

Bestnya ada aktiviti camtu....taklah boring kan...kami anak beranak ngadap tv ja, malas nak kluar sbb hujan..huhu

Sweetamieda. Blo said...

Oo hujan.kami kat sini panas terik sampai ke ptg

mama3heroo said...

bestnyer dpt bwk ank2 buat aktiviti bg mengisi masa lpng.mesti diaorg seronok kan

Sweetamieda. Blo said...

Tulah...suka tgk anak2 seronok beraktiviti

Unknown said...

ni papanya dah balik ke belom? bestnya Spaghetti Carbonara tu..ina suka.tp kat pizza je la ada benda2 gini..kat sini mane laa banyak restoran yg pelik2..hehe

OKje said...

Wah bagus aktiviti tu TJ.....
Sangat bermanfaat untuk budak-budak...
Part makan memang tak menahan hehe tapi okje kurang suka carbonara tu...