Alhamdulillah

Monday, 15 April 2013

Jangan pukul saya!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni nak berceloteh sedikit tentang tajuk yang agak berat iaitu Otak dan fungsinya. Memang semua sedia maklum betapa pentingnya organ ini.

"Otak merupakan organ  pusat kawalan utama bagi badan. Ia menerima rangsangan daripada internal (dalaman) dan eksternal (luaran)  melalui deria daripada dalam dan luar tubuh. Ia menganalisa maklumat ini dan kemudiannya menghantar perutusan (electrical impuls) kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya. Otak mengingati pengalaman lepas, dan merupakan punca fikiran, mengawal keseimbangan badan, dan emosi serta mengawal semua fungsi badan"

Otak terdiri daripada 3 bahagian utama iaitu cerebrum, cerebellum dan medula oblongata.
Setiap satunya mengawal fungsi yang berbeza2


Kenapa saya memilih untuk bercerita tentang tajuk ini hari ini adalah kerana saya sangat tidak suka melihat ibu bapa yang memukul anak2 mereka di bahagian muka , kepala dan dada. Ini kerana di bahagian ini terdapat organ yang penting iaitu otak dan organ2 deria yang lain yang juga amat penting iaitu mata, telinga dan hidung. Gegaran pada otak akibat tamparan dan hentakan boleh mencederakan otak (menyebabkan hilang ingatan, masalah pertuturan, hilang keseimbangan badan, pendarahan dalam otak dll) serta menganggu fungsi pendengaran (boleh jadi pekak tau!). 
Dalam dada juga terdapat pelbagai organ penting yang dilindungi oleh sangkar tulang rusuk seperti jantung, paru-paru dan hati.

Takkan kita sanggup lihat anak2 kita yang dilahirkan normal dan bijak tetapi kerana tindakan kita yang terlalu jahil dan mengikut emosi, anak2 pula yang jadi mangsa...nauzubillah.! Bila anak2 buat salah dan kita nak bagi hukuman, pukullah mereka dibahagian yang banyak isi/lemak seperti punggung. Islam juga melarang kita memukul kanak-kanak di bawah umur 10 tahun. Sebenarnya banyak cara lain untuk mendidik anak-anak. Biarlah memukul anak2 itu dijadikan pilihan terakhir! Kerana anak2 yang sentiasa dipukul akan menjadi keras jiwanya serta memberontak dan semakin degil.

Elakkan daripada menjatuhkan hukuman ketika hati sedang membuak-buak marah!

Adoi , sakitnya!


Anak adalah amanah dan tanggungjawab kepada ibu bapanya..! Anak hanya pinjaman daripada Allah swt.
Wassalam!


8 comments:

Wirda Amir said...

salam...

info yg menarik...

boleh pukul anak tp ada caranya mengikut sunnah nabi kita dan ada pula sbb2nya...

Tuan Juhaida said...

Betul tu.jgn pukul sembarangan je.dan mmg dilarang memukul bahagian muka,kepala n dada.
Islam itu indah n lengkapkan

Rozita Ismail said...

alhamdulillah,dpt ilmu bru lg!tp time ank2 akak kecik dulu pun xpenah kami pukul pun tp kalu buat salah...cubit2 manja gitu ada la...hihi

Tuan Juhaida said...

Hehe bagus!tu pasal anak2 akak sumer bijak2 sebab ibu bapanya bijak!tahniah

nurbijen said...

kalau cubit2 manja tu diboleh kan kot? hihihi, sbb yg tu selalu juga buat...

hainom OKje said...

Terima kasih TJ....
dengan entri ni kadang2 memberi kesedaran kepada sesiapa yang membacanya... termasuk mak hehe..

mama3heroo said...

mekasih share info yg berguna untuk ibubapa ni..

Tuan Juhaida said...

Share sebagai peringatan utk diri sendiri juga hihi